Dalam masa sama juga mereka membuat serangan, ketiadaan Kit Siang itu sebagai tektik untuk mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran Harapan dibentuk dengan tidak adil atau praktikal. Pengarah sebuah pusat provokasi Umno pula menyinis mencadangkan agar Kit Siang dilantik menjadi Mursyidul Am.
Yang jelasnya ketiadaan Lim Kit Siang itu memeningkan kepala para pemimpin UBN kerana ia menafikan tunduhan mereka selama ini, kononnya DAP menguasai pembangkang. Sebelum ini para hulubalang dan PB Najib galak menjual kepada rakyat kononnya DAP mendalangi pakatan pembangkang.
Bagaimana pun dari sisi lain ketiadaan Kit Siang dalam saf utama Harapan itu secara tidak langsung menunjukkan pemimpin Harapan mempunyai idea kemas bagaimana untuk menghuruharakan pemikiran para pemimpin BN serta meletakkan mereka dalam keadaan gear mati.
Najib Razak seakan terkilan dengan cara pembentukan itu apabila Lim Kit Siang tidak diletakkan sama taraf dengan Dr Mahathir Mohamad atau Dr Wan Azizah Ismail. Katanya pembentukan itu pelik dan tidak sama dengan BN, dimana dalam BN parti besar (majoriti) berpandukan kerusi menjadi kepalanya macam Umno. Katanya sepatutnya pemimpin DAP itu dilantik menjadi pengerusi bukan Dr Mahathir mewakili parti kecil PPBM.
Pendapat Najib itu mahu mencerminkan BN disusun dengan adil dan saksama, bahawa Umno medominasikan suasana. Tetapi beliau terlupa bahawa apabila Lim Kit Siang tiada dan DAP tidak diberi keutamaan kandati mempunyai kerusi lebih, di sinilah bijaknya politik pembangkang di kalangan Melayu. Ia juga menunjukkan sikap toleransi tinggi daripada DAP, rela memberi laluan kepada Melayu mendominasi pakatan berkenaan. DAP berfikir lebih waras daripada cara Najib berfikir.Apa yang menjadi keutamaan DAP ialah menjatuhkan Najib dan melenyapkan kerajaan kleptokrasi bukannya tergila-gila untuk menjadi pemimpin. Inilah kemunasabah politik orang Cina. Politik orang Cina senantiasa rasional dan realistik.
Read More / Baca Lagi >>