Cakap memang mudah, bukan kena duit. Buat manifesto bukan susah sebab manifesto bukan janji. Semalam, Nurul Izzah anak perempyan kepada Anwar Ibrahim berkata jika diberi peluang jadi Kerajaan, Pakatan Hope boleh membina rangkaian perkhidmatan MRT yang lebih meluas dengan kos yang lebih murah.
Apabila Rejim DAP Pulau Pinanag pimpinan Joseph Lim Guan Eng, sekutu politik Pakatan Hoe terbukti membelanjakan harta Rakyat untuk menbayar yuran perundingan (consultation fee) EMPAT KALI GANDA lebih mahal dari yang sepatutnya kepada kontraktor yang dilantik Joseph Lim Guan Eng, kenapa beliau tidak mengeluarkan kenyataan media Pakatan Hope boleh membuat kajian dengan kos yang lebih murah?
Nurul Izzah tidak tahukah yang Joseph Lim Guan Eng berbelanja harta Rakyat bernilai RM305 juta hanya untuk kertas kajian sahaja? Harta rakyat bernilai RM 220 juta sudah lesap tapi seinci jalan pun tak nampak lagi. Kenapa Nurul Izzah menikus dan tidak berbunyi?
Nurul Izzah dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang akan datang. Memandangkan beliau hendak menjadi Wakil Rakyat Pulai Pinang pada masa akan datang, eok sekiranya beliau ebih mengambil tahu tentang apa yang berlaku di Pulau Pinang mulai sekarang.
Orang Permatang Pauh sudah tidak perlukan seorang Yang Berhormat Ahli Parlimen "Touch and Go" sepertimana ibu dan ayah Nurul Izzah. Ahli Parlimen yang makan elaun buta setiap bulan.