Pembangkang sering melaungkan bahawa mereka sentiasa berdebat dalam apa saja isu demi membahaskan kepentingan Rakyat. Apabila Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Chong Sin Woon membuka jalan untuk sessi debat, DAP diam menikus. Datuk Chong yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan, masih belum menerima kata putus dari Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berhubung sesi debat antara mereka.
Menurut Datuk Chong, surat peringatan terakhir telah dihantar kepada Teo, yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah, pada Selasa lepas dan memberi tujuh hari untuk pihak Teo membalas suratnya. Tambah beliau, MCA bersedia untuk berdebat dengan DAP berkisar fakta-fakta untuk topik debat, iaitu pendidikan dan prestasi dua ADUN DAP di kawasan Lobak dan Temiang.
DAP sepatutnya menyahut cabaran debat berkenaan. Tiga syarat yang diletakkan oleh Datuk Chong tidaklah sesulit mana. Pertama, debat ini mestilah tiga lawan tiga, kedua sesi debat itu tidak diadakan di hadapan penyokong kedua-dua pihak sebaliknya disiarkan secara langsung melalui FB Live dan ketiga hujah-hujah yang disampaikan mestilah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

Datuk Chong berkata beliau, Ketua MCA Bahagian Seremban Siow Koi Voon dan Ketua Biro Perundangan MCA Ng Kian Nam akan mewakili parti manakala untuk DAP, selain Teo, Datuk Chong meminta ADUN Lobak, Siow Kim Leong dan ADUN Temiang Ng Chin Tsai, untuk berdebat sama kerana isu yang dibangkitkan ialah berkenaan prestasi buruk dua ADUN berkenaan.
Kita harapkan agar DAP menerima cabaran ini yang mana sessi debat itu akan diadakan pada 4 Ogos pukul 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan. Kita juga berharap DAP tidak sekadar sembang kuat dan sekadar meraih publisiti murahan tetapi takut untuk berdebat.