Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Dr Daeng Sanusi Mariok berkata pihaknya tidak dapat mengambil sebarang tindakan tanpa adanya laporan berkenaan.
"Kita (lembaga disiplin) tak boleh buat apa-apa tindakan melainkan ada laporan daripada pihak jawatankuasa tertinggi," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Mahfuz merupakan antara anggota PAS yang kerap mengeluarkan kenyataan tidak sehaluan dengan pendirian kepimpinan parti Islam berkenaan, termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Semenjak muktamar ke-61 PAS pada 2015, Mahfuz dilihat sentiasa bersikap sinikal terhadap parti itu ketika sebahagian besar kumpulan yang tidak sehaluan dengan aliran konservatif diketepikan dan kemudian menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dalam keadaan begitu Mahfuz terus membawa haluan sendiri malah hadir menyertai ceramah AMANAH yang kini sangat dimusuhi majoriti pimpinan PAS.
Tindakan Mahfuz itu menyebabkan beliau digelar "harum manis"- merujuk kepada buah mangga yang berwarna hijau di luar dan isinya oren.
Bukan orang baru
Pertengahan Februari lalu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyarankan supaya Mahfuz meninggalkan PAS kerana sering mengkritik serta menyerang parti berkenaan.
Mahfuz juga pernah disaran agar meninggalkan PAS oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat serta berterusan mengkritik dan menyerang parti.
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin pula dilaporkan berkata Mahfuz tidak lagi dianggap sebagai anggota parti itu dengan tindak-tanduk kontroversinya.
Februari lalu juga, Abdul Hadi mengesahkan ada menerima aduan dari akar umbi dan memberitahu bahawa anggota parlimen Pokok Sena berkenaan bakal berdepan tindakan disiplin ekoran kelantangannya mengkritik parti.
Pada April pula, PAS Kedah dilaporkan menghantar aduan mengenai Mahfuz kepada pucuk pimpinan peringkat pusat untuk diteliti dan diambil tindakan.
Read More / Baca Lagi >>