'Malaysia tidak lagi dihormati dunia' infomalay12.blogspot.com



Saya membaca dengan tekun kenyataan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan Malaysia hari ini. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Walaupun hakikatnya amat perit untuk diakui, namun terasa sedikit terhibur hati saya apabila hal yang saya sering perkatakan dan perjuangkan turut disuarakan oleh seorang tokoh istana.
Muhyiddin Yassin 1Saya secara peribadi menjunjung kasih dan merafakkan sembah tahniah di atas keberanian Tunku Mahkota Johor menyatakan kebenaran. Ini membayangkan keprihatinan beliau terhadap keadaan negara dan nasib bukan sahaja rakyat negeri Johor tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.
Keluhan Tunku Mahkota Johor mengenai keadaan negara pernah disuarakan oleh institusi Raja-Raja Melayu sebelum ini. Selepas itu, Tunku Mahkota Johor sendiri menjadi antara tokoh istana yang lantang menegur pimpinan negara dan menyeru mereka melakukan perubahan segera untuk kebaikan rakyat jelata.
Namun, teguran-teguran ini dipandang sepi oleh pimpinan negara. Titah Raja-Raja Melayu dan suara istana seolahnya tidak diendah oleh kerajaan.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, kerajaan sepatutnya menjalankan urusan negeri dan negara bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan sudah semestilah setiap pandangan dan teguran institusi raja-raja dipandang serius oleh kerajaan.
Apa yang diluahkan oleh Tunku Mahkota Johor bukan sahaja suara hati beliau, tetapi juga suara hari rakyat terbanyak. Ramai orang yang saya temui bertanyakan soalan yang sama iaitu apa sudah jadi dengan Malaysia? Mereka termasuklah sahabat handai, kenalan dan orang ramai yang saya temui di Malaysia dan juga orang asing di luar negara.
Mereka berasa cukup hairan bagaimana Malaysia yang amat dihormati oleh dunia suatu ketika dahulu boleh berubah dengan sekelip mata menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa.
Saya diberitahu ada rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara malu untuk mengaku mereka adalah rakyat negara ini kerana tidak sanggup dipandang sinis oleh orang luar.
Berlainan sekali keadaannya sebelum ini apabila kita biasanya dengan bangga mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan rakyat asing dengan pantas memuji Malaysia.
Pokoknya, Malaysia hari ini bukan seperti dahulu lagi. Malaysia tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat. Tidak lagi dihormati oleh dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :