Mahfuz anggap Pas angkuh mahu tanding Permatang Pauh infomalay12.blogspot.com



MahfuzOmarKenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa parti itu akan bertanding di Permatang Pauh yang disandang PKR dianggap sebagai angkuh dan akan 'membunuh' parti itu sendiri.
Bekas Ketua Penerangan Pas datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas seolah-olah mahu bertanding di semua kerusi pembangkang.
“Ini kenyataan angkuh daripada Pas yang membina persepsi pengundi. Mereka mengaku sebagai pembangkang, tetapi mereka enggan berunding dengan rakan pembangkang lain, tak boleh bertolak ansur dan mahu membolot semua kerusi.
“Akhirnya pengundi jemu dengan Pas dan putus asa sokong parti tersebut kerana menunjukkan kecenderungan kepada Umno. Saya yakin ahli Pas, bukan sahaja pengundinya, sebahagian besar beralih arah,” katanya.
Semalam, Mohd Amar berkata, Pas bukan sahaja akan bertanding di Permatang pauh malah akan meletakkan calonnya di semua kerusi PKR.
“Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.
“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah...itu terserah kepada kita,” katanya seperti dipetik Sinar Harian Online.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang masih ahli Pas berkata, kenyataan Mohd Amar juga memberi nafas kekuatan kepada Pakatan Harapan untuk menang walaupun terpaksa berdepan pertembungan tiga penjuru.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: