Kerajaan Selangor Bina Flyover Guna Wang Rakyat Pun 1KM = RM10 Juta, Ada Hati Bina MRT Murah cc. @n_izzah @hannahyeoh infomalay12.blogspot.com


Masih dengan cerita angan-angan Mat Jenin anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang berpendapat bahawa Kerajaan Pakatan Hope boleh membina jajaran MRT dengan kos yang lebih murah dan lingkaran yang lebih meluas.

Kerajaan Pakatan Selangor pernah membina sebuah 'flyover' daripada Tol Sungai Rasah yang terletak di Lebuhraya Persekutuan hinggalah ke I-City di Seksyen 7. Jarak pembinaan jalan raya berkenaan hanyalah 5 kilometer. Kos yang terlibat adalah RM50 juta. Ini bermakna 1 kilometer jalan raya 'flyover' berharga RM10 juta.

Itupun projek untuk membina jalan raya 'flyover' berkenaan tertunggak selama 4 tahun! Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Selangor membina 5 kilometer jalan raya 'flyover' dengan mengambil masa 4 tahun dengan kos RM50 juta!!! Baca The Star, di sini.

Ini hanya untuk bina jalanraya. Bukan lingkaran rel MRT dan pembelian koc MRT serta pembinaan stesen-stesen MRT yang mewah dan selesa. Berapa agaknya kalau Kerajaan Pakatan Selangor yang membina MRT? 

Tidak perlulah kita minta Rejim Pakatan DAP Pulau Pinang untuk membina MRT. Rejim DAP Pulau Pinang menghabiskan RM305 juta hanya untuk kertas kajian pembinaan terowong dasar laut sahaja. Saya ulang kertas kajian sahaja atau dalam English dipanggil 'project paper' atau 'paper work'. Projek entah ke mana. Satu batu bata belum dipasang.

Nota Kaki: untuk Hannah Yeoh yang mempertikaikan bahawa projek MRT adalah duit Rakyat, di bawah adalah jawapan saya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :