Kerajaan Kelantan mempunyai prerogatif meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) dan melaksakannya di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kuasa tersebut adalah di bawah kerajaan negeri selepas mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Perkara ini adalah prerogatif kerajaan negeri. Jika anggota-anggota Dun Kelantan meluluskan usul tersebut maka ia terpakai di negeri tersebut.
"Terpulang pada negeri masing-masing apa yang dibawa dan dibahas di DUN masing-masing," katanya mengulas Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan dalam sidang Dun Kelantan semalam.
Pindaan tersebut akan membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di khalayak ramai dan perkara lain yang terkandung dalam enakmen tersebut ialah memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Enakmen itu merupakan sebahagian daripada persiapan Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) jika ia diluluskan di Parlimen.
Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Dataran Tasek Bandar Penawar hari ini.
Sementara itu, beliau gembira sambutan memberangsangkan masyarakat Felda pada majlis rumah terbuka berkenaan sekali gus jelas menunjukkan penduduk tanah rancangan di negeri ini positif dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, apa yang diharapkan sokongan berkenaan akan berterusan diberikan kepada kerajaan BN sehingga selepas pilihan raya umum nanti.
Related Posts :
Design Rumah Yang Comel Untuk Pelajar Universiti infomalay12.blogspot.com
Rumah mesra alam ini diperbuat daripada kayu, mudah diangkut dan dipasang di kampus universiti atau di lokasi lain.
Direka oleh Tengbom, r… Read More...
Rosmah Mansor Rasmi Kapal Dikritik, Normah Alwi Rasmi Kapal Pula Disanjung infomalay12.blogspot.com
Lihatlah bagaimana hipokrit dan munafik Kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang. Dulu bukan main kutuk apabila isteri Mantan Perda… Read More...
[Video MALAYSIA TERAJUI USAHA PROMOSI MINYAK SAWIT] Bila tak suka, benci, dimakinya! Bila kalah hilang deposit lebih RM1.3 juta PRU14, terus bersanding peluk cium Umno? Saksi: Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib, SRC infomalay12.blogspot.comSelasa, 16 April 2019
Suara Rakyat
Bila tak suka, benci... dimakinya, dikafirkannya, sumpah masuk neraka & tak layak masuk syurga.
Bi… Read More...
[Video Najib baca buku ’Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia’ di mahkamah] Pukul orang tua yg berumur 68 tahun HANYA DIDENDA RM2,000 SAHAJA? Bila aku sebut kerajaan PH ni 'buduss', ramai yg marah! Korang pikiaq lah sendiri, bodo ker tak bodo? infomalay12.blogspot.comIsnin, 15 April 2019
Suara Rakyat
Pukul orang tua yg berumur 68 tahun HANYA DIDENDA RM2,000 SAHAJA ??!
“Denda cuma RM2,000? Pakcik yang ke… Read More...
[Video BUKTI TRANSAKSI BERLIAN MERAH JAMBU ROSMAH BERJAYA DITEMUI?] Sudah lupakah kamu saudara2ku semasa UmnoBN berkuasa telah merosakkan seluruh sistem dalam negara ini! infomalay12.blogspot.comSelasa, 16 April 2019
Otai BERSIH
Assalamualaikum kepada semua ahli dan penyokong PAS
Sudah lupakah kamu semasa UmnoBN berkuasa dahulu … Read More...