Mayat bayi berusia 35 minggu itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata,
mayat bayi itu ditemui dalam keadaan sedemikian selepas dipercayai dimakan anjing liar.
"Hasil temubual orang awam memaklumkan mereka ternampak satu objek dikerumuni beberapa ekor anjing sebelum mendapati ia adalah mayat seorang bayi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, hasil bedah siasat mengatakan punca kematian bayi tersebut tidak diketahui.
"Bayi perempuan berusia 35 minggu itu dipercayai telah meninggal dunia antara satu hingga dua hari lalu," ujarnya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.