 |
JABATAN KERAJAAN UMNO@BN |
KUALA NERUS - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan memperkukuhkan komunikasi strategik berkaitan media sosial bagi memastikan rakyat memperoleh maklumat betul dan tepat sebagai persediaan menghadapi PRU14.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, penggunaan media sosial yang meluas menjadikan maklumat begitu cepat tersebar tanpa mengetahui fakta yang sebenar.
"Tugas dan peranan kita adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang betul dan tepat. Jadi, kita akan menilai segera kandungan dan sebaran maklumat di media sosial bagi memastikan maklumat yang tidak tepat atau fitnah segera diperbetulkan.
"Tujuan kita adalah untuk memastikan maklumat yang tepat akan sampai ke peringkat umbi, sekaligus membolehkan sesuatu pelaksanaan yang ingin dibuat memberi manfaat kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Aidilfitri Jasa Terengganu di Dewan Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepuh, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Puad lagi, semua jentera di peringkat Parlimen dan Dun telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 yang dijangka bila-bila masa.
Jelasnya beliau lagi, ketika ini Jasa mempunyai seramai 1, 128 pegawai di seluruh negara.
Related Posts :
Tak ambil tindakan pada Haziq cemar nama PKR, kata penasihat Azmin infomalay12.blogspot.comTak ambil tindakan pada Haziq cemar nama PKR, kata penasihat Azmin: Penasihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga menafikan dakwaan yang meng… Read More...
Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas infomalay12.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyifatkan tuduhan bahawa dirinya cuba untuk mencampuri urusan mata pelajaran P… Read More...
REBUT JAWATAN PM, KEBEJATAN MORAL... JANGAN HERET RAKYAT, RAKYAT SUDAH BOSAN infomalay12.blogspot.com
Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah berkata rakyat semakin bosan dan bertambah bosan dengan perangai yang ditunj… Read More...
REBUT JAWATAN PM, KEBEJATAN MORAL... JANGAN HERET RAKYAT, RAKYAT SUDAH BOSAN infomalay12.blogspot.com
Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah berkata rakyat semakin bosan dan bertambah bosan dengan perangai yang ditunj… Read More...
Azmin in deep trouble over sex video scandal... infomalay12.blogspot.com
Azmin Has Nobody But Himself To Blame....
At best, Azmin Ali is a bisexual. At worst, he’s a homosexual. Either way, his extrao… Read More...