KOTA BHARU 5 Julai – Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa disifatkan terlalu gopoh mahu menjadi Menteri Besar Kelantan meskipun parti diwakilinya belum menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sesiapapun termasuk Husam berhak memasang impian untuk menjadi Menteri Besar, namun perkara itu tidak akan menjadi kenyataan jika partinya tidak menang dalam pilihan raya.

Selain itu, katanya, calon Menteri Besar juga perlu mendapat restu istana, bukan sekadar restu DAP semata-mata.
“Sebenarnya mana-mana parti yang menang boleh menamakan calon Menteri Besar. Sehubungan itu, kalau nak jadi Menteri Besar, pastikan parti kita menang dulu.
“Janganlah sampai kahwin pun belum tiba-tiba sudah ada nama anak,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan, di sini hari ini.
Dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di sini baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Semalam, Husam dilaporkan sedia menerima pencalonan tersebut selain mencabar Pas Kelantan mengikut jejak langkah DAP menamakan calon Menteri Besarnya sendiri.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, Husam mungkin ‘mengigau’ apabila melontarkan cabaran tidak kena pada tempatnya.
“Buat apa kita mahu menamakan calon Menteri Besar. Sekarang kita kerajaan, jadi Menteri Besar yang ada sekarang itulah Menteri Besar kita.
“Lagipun beliau (Datuk Ahmad Yakob) masih berupaya menjalankan tugas dengan baik. Beliau juga dipilih sendiri oleh Allahyarham Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan direstui istana. Bukan macam Husam yang dicadangkan Kit Siang sahaja,” katanya.
Related Posts :
Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma infomalay12.blogspot.com
Seperti sudah tidak ada isu lebih penting lain, tindakan Kabinet yang turut membincangkan kes kedai dobi khusus untuk umat Islam, amat me… Read More...
[Video Rakyat Bersama Pakatan Harapan di Selangor] Dalam marah Felda di Bera, ada sinar untuk Harapan. infomalay12.blogspot.comJumaat, 29 September 2017
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 26hb September ·
TAHUKAH ANDA.. !!!
Slps s… Read More...
[Video 'Main belakang' - mahkamah arah KJ bayar Anwar RM210,000] "Kami bimbang selepas banjir ni, Parti Lobai akan menang besar di Florida!". infomalay12.blogspot.comJumaat, 29 September 2017
Otai BERSIH
'Main belakang' - mahkamah arah KJ bayar Anwar RM210,000
Mahkamah Tinggi di Kuala… Read More...
PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ infomalay12.blogspot.com
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat sebuah video iklan berb… Read More...
[Video Warga China dilantik CEO Proton] Pemimpin DAP: Saya minum arak, PAS yang mabuk infomalay12.blogspot.comJumaat, 29 September 2017
Suara Rakyat
pada 27hb September jam 7.25 pagi ·
TU DIA !!... Sejarah Tak Pernah M… Read More...