Hak Melayu hilang jika Umno tiada, sembang menteri infomalay12.blogspot.com


UMNO perlu mengekalkan kuasanya kerana ia satu-satunya parti yang boleh menjadi tempat orang Melayu bergantung untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka, kata Bendahari Umno Salleh Said Keruak hari ini.
Bercakap di depan perwakilan Umno Bahagian Bukit Mertajam pagi ini, Salleh berkata jika Umno hancur, tidak mustahil yang hak orang Melayu akan turut terjejas.
“Umno ada ideologi dan selama ini menjadi parti yang ada matlamat dan ia jelas iaitu untuk mempertahankan hak kita,” katanya.
Beliau berkata ketuanan Melayu akan hilang jika Umno hilang kuasanya, merujuk kepada lirik lagu Warisan, lagu yang sering dimainkan untuk membangkitkan semangat Melayu.
“Itulah dia. Apa tujuan kita? Untuk mempertahankan kuasa,” katanya.
Salleh berkata ada lima hak dalam Perlembagaan Persekutuan yang empat daripadanya milik orang Melayu.
“Monarki berperlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu, hak Melayu miliki kita. Hanya hak kewarganegaraan kita kongsi dengan yang lain. Ini asas perjuangan Umno,” katanya.
Katanya, Umno perlu dipertahankan kerana ia parti yang mampu menyelamatkan hak orang Melayu.
“Jadi mereka yang terhutang budi pada Umno perlu menyokongnya. Perjuangan perlu diteruskan. Jika Umno hilang dari dunia ini, tidak mustahil hak Melayu pun begitu juga,” katanya.
Beliau turut memberitahu perwakilan jangan mendengar khabar angin dan selalu mempercayai pemimpin mereka.
Salleh merujuk kepada sumber berita siasatan online Sarawak Report.
“Siapa dalangnya? Mereka orang asing. Kenapa perlu kita percaya mereka? Mereka tidak mengundi pun di sini. Tetapi sedihnya mereka bekerja dengan rakyat Malaysia yang menjual negara ini untuk kepentingan peribadi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :