Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menafikan dakwaan wujud konspirasi terhadap presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad, yang diminta bercuti pada bulan Jun.
Penafian itu adalah sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang pada Ahad lalu
mendakwa terdapat usaha untuk menyalahkan Zakaria Arshad dan memaksa peletakan jawatannya.

"Sebagai sebuah syarikat senaraian awam dan juga syarikat berkaitan kerajaan yang termaktub dengan undang-undang yang berkaitan oleh badan kawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia, FGV sama sekali tidak terlibat dengan mana-mana konspirasi atau agenda peribadi dalam menjalankan proses siasatan dalaman (terhadap Zakaria dan tiga pegawai kanan lain).
"Siasatan dalaman ini dianggap tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah dalam menjalankan tanggungjawab prihatin dalam pengurusan sebuah syarikat penyenaraian awam dan juga kepentingan pemegang saham," kata FGV dalam satu kenyataan hari ini.
FGV juga menegaskan Zakaria dan tiga lagi kakitangan pengurusan kanan diminta bercuti dengan bergaji penuh dan menerima semua kemudahan.
Katanya, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 19 Jun 2017, terdapat beberapa bukti asas yang membolehkan Lembaga FGV mengambil tindakan disiplin terhadap CEO, ketua pegawai kewangan dan dua lagi pegawai kanan yang berkaitan dengan pelanggaran prosedur dalaman
Ini berkaitan dengan dakwaan pelanggaran prosedur dalam urusan FGV dengan Safitex Trading LLC yang berpangkalan di Dubai.
"Tuduhan menyatakan bahawa lembaga pengarah mempunyai agenda peribadi untuk menjatuhkan pengurusan kanan adalah tidak wajar.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
[PENGHINA TUN M PASTI KECEWA] Tun Mahathir 'Bapa Pemodenan', Tidak Akan Ubah Buku Teks - Menteri Pendidikan infomalay12.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak akan mengubah kandungan buku teks sedia ada di sekolah berkaitan rujukan bekas perdana menteri,… Read More...
Kos rumah terbuka, kenapa nak sembunyi? infomalay12.blogspot.com
Sinar Harian
1 Ogos 2017
Mahfuz
KUALA LUMPUR - Kos perbelanjaan majlis rumah terbuka perdana menteri bersama anggota kabinet sekali la… Read More...
[Video Malapetaka Dalam FELDA & Bonus Kepada Peneroka, Terbelakah Nasib Mereka?] PERGHHH, GANASNYA YOB...Itu Baru Sebulan Jadi TPM! Rakyat Wajib Tolak BN dan pilih HARAPAN. infomalay12.blogspot.comRabu, 2 Ogos 2017
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · Semalam ·
Saban hari Najib & pemimpin Ameno k… Read More...
Pelajar jatuh, tiada kecuaian daripada pihak sekolah - PPD infomalay12.blogspot.com
KUANTAN 1 Ogos - Tiada apa yang diinginkan Heri Arab, 52, bapa murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, di sini yang parah sele… Read More...
[Video Apa Salah MAHATHIR ISKANDAR KUTTY Jaga Rakyat? Najib Bugis Zahid Hamidi Jawa Takut Apa, kata Nga Kor Ming] ZAHID 'PUKUL DI BAWAH PARAS PINGGANG' infomalay12.blogspot.comRabu, 2 Ogos 2017
ZAHID 'PUKUL DI BAWAH PARAS PINGGANG'
www.amanah.org.my
Kebiasaannya apabila berbalah dan mengungkit nama bapa dan k… Read More...