Bimbang senarai daftar pemilih dimanipulasi, kecewa terhadap SPR memuncak infomalay12.blogspot.com

MOGOK lapar, protes dan pengepungan. Ini adalah "drama" yang berlaku di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seluruh negara sejak April tahun ini tetapi tidak menjadi berita utama.
Alasan bagi semua kacau-bilau ini adalah daftar pemilih baru – senarai individu yang layak untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang yang akan berlaku lebih kurang setahun lagi.
Pakatan Harapan (PH) dan aktivis reformasi pilihan raya mendakwa SPR secara misteri menghentikan amalan biasa mereka mengeluarkan salinan senarai itu, yang dikemaskini setiap suku tahun.
Angka rasmi terakhir daripada SPR mengenai bilangan pengundi baru didaftarkan dikeluarkan dalam akhbar arus berdana berbahasa Inggeris setahun lalu.
Pada Oktober tahun lepas, Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah berkata hanya 354,141 pengundi baru mendaftar di antara PRU13 pada 2013 hingga Jun 2016.
Ia hanya sekitar 8% daripada 4.2 juta individu yang layak mengundi tetapi belum mendaftar.
Bagaimanapun, pegawai PH berkata kadar pendaftaran rendah dan senarai itu sendiri terdapat kemungkinan berlakunya tindakan penipuan pilihan raya yang boleh mengganggu keputusan pilihan raya umum akan datang bagi pihak yang dapat memanipulasinya.
Pengumuman terbaru SPR yang ia menghapuskan data pemilih 1994 dan 2003 menyebabkan kritikan terhadap peranannya yang benar-benar bebas.
Anomali dalam senarai pemilih begitu serius sehingga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata jika ia tidak dipertikaikan, PH akan kehilangan sebanyak 87 kerusi Parlimen yang dipegang.
Mengautomatikkannya
Bagi pemimpin PH seperti Nurul Izzah, kadar pendaftaran yang rendah berpunca daripada tiga masalah, yang semuanya dapat diselesaikan dengan mudah.
Yang pertama adalah kerana sebab tertentu, pada 2013, SPR berhenti membenarkan parti politik membuat pendaftaran pengundi baru.
Dalam artikel The Star, Hashim enggan memberi justifikasi keputusan ini dengan hanya mengatakan terdapat "banyak masalah" apabila parti dibenarkan berbuat demikian.
Kedua, terdapat penolakan tinggi yang luar biasa bagi pengundi baru di Selangor, terutama rakyat Malaysia berketurunan Cina, kata Nurul Izzah.
Tahun lepas, SPR menolak 8,286 pengundi baru tanpa sebab, katanya.
"Lebih 88% daripadanya berasal dari Selangor. Apa yang mengejutkan ialah 99% pengundi baru dari Selangor adalah kaum Cina."
Akhirnya, SPR tidak perlu bimbang tentang belia yang tidak mendaftar untuk mengundi jika ia melakukan sistem pendaftaran pemilih automatik, kata kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0.
"Kita membelanjakan berjuta-juta untuk sistem mengesan pekerja asing. Tetapi kita tidak boleh membelanjakan wang untuk membuat pendaftaran pengundi automatik?" Kata Nurul Izzah, yang juga pengarah bersama pilihan raya PKR.
Sistem sedemikian akan agak mudah dilakukan, kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Pada masa ini, SPR dihubungkan dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara supaya ia boleh mengeluarkan nama pengundi yang sudah meninggal dunia.
"Hampir sama, proses ini mudah digunakan bagi mendaftarkan para pengundi apabila mereka mencapai usia 21 tahun," kata Maria.
Paling "kotor"
Kekecewaan terhadap SPR berada pada tahap paling tinggi tahun ini apabila ia berhenti mengeluarkan salinan senarai baru. Satu-satunya salinan yang boleh dilihat adalah di cawangan SPR semasa waktu pejabat.
Memandangkan senarai itu mengandungi puluhan ribu nama, tidak realistik bagi aktivis parti menghabiskan masa berhari-hari menyalin nama berkenaan di pejabat SPR.
Di Perak, aktivis Pemuda PKR membawa penjana elektrik mudah alih dan mesin fotostat sendiri untuk membuat salinan.
Apabila SPR Perak enggan menerima bantahannya terhadap pengundi hantu yang disyaki, Adun Hutan Melintang S. Kesavan berkhemah di hadapan pejabat suruhanjaya dan melancarkan mogok lapar.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :