"Awasi PNB macam sewah awasi mangsa" infomalay12.blogspot.com

Kehangatan perbahasan tajuk “PNB beli PNB1 dengan harga RM173,800” yang ditampal pada 8 Julai adalah gambaran jelas kepedulian masyarakat, khasnya Bumiputera, terhadap masa depan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Saya yakin para pemimpin atasan PNB khasnya dan negara amnya mengambil maklum dan peduli terhadap perasaan yang disuarakan.
Tajuk di atas bukan sahaja dibincangkan dalam blog saya tetapi juga telah ditularkan melalui banyak saluran media sosial dan oleh ramai penggiat.
Kesimpulannya majoriti pembahas tidak yakin dengan alasan yang diberikan oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, bahawa penempahan nombor-nombor plat khas itu adalah baik bagi penjenamaan PNB dan merupakan aset nyata PNB.

Apatah lagi, bilangan nombor yang ditempah bukan tujuh dengan perbelanjaan RM387,835 seperti saya nyatakan tetapi 25 dengan harga RM419,006 seperti dalam jawapan Abdul Wahid.
Kebanyakan pembahas berpendapat ia adalah pemborosan, pembaziran dan perbuatan menunjuk-nunjuk. Mereka berpendapat penjenamaan PNB/Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sudah cukup baik dan tidak memerlukan penjenamaan sensasi.
Saya tidak ada sebarang masalah dikutuk dan diherdik oleh para pembahas yang berasa perbuatan PNB itu baik dan saya berniat jahat.
Saya juga tidak peduli sangat kalau diri saya tidak dihiraukan oleh pengurusan atasan PNB. Tetapi oleh kerana ada percubaan di kalangan sesetengah daripada mereka untuk menjalin (atau menjalin semula) perhubungan dengan saya, maka saya mengalu-alukannya.
Saya lebih gembira kalau mereka prihatin kepada kehendak, aspirasi dan keperluan pelabur skim saham amanah tajaan PNB.
Penghapusan buku pas
Misalnya elok orang macam Abdul Wahid dan Datuk Abdul Rahman Ahmad (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif) PNB fikir masak-masak cadangan hendak ganti buku pelaburan (passbook) dengan akaun digital berkata kunci.
Abdul Wahid dan Abdul Rahman wajib utamakan pemegang unit. Mereka pun budak-budak kampung macam saya. Tetapi hari ini mereka pandai dan celik teknologi maklumat. Bagaimana pun, ramai lagi orang kampung yang buta IT dan tidak yakin dengan urusan tanpa buku.
Penghapusan buku pas dan penggantiannya dengan akaun digital adalah idea yang akan menyusahkan warga tua dan mendedahkan mereka kepada manipulasi dan penipuan. Jadi orang cerdik di PNB dan ASNB mohon fikirkan semula.
Jangan fikirkan kesenangan tuan-tuan dan puan-puan sahaja dan hendak jimatkan kos dengan apa cara jua. Tolong ingat juga kos sosial dan psikologi yang akan ditanggung oleh pelabur.
Terima kasih kepada pegawai-pegawai PNB dan anak syarikatnya yang menawarkan diri sebagai pendamai dan memohon saya bersimpati dengan agensi amanah Bumiputera itu.
Tidak ada apa yang hendak didamaikan. Saya tidak bergaduh dengan sesiapa. Saya sekadar mengkritik apa yang saya rasa tidak betul. Kalau ada orang yang memilih untuk menakrifkannya sebagai permusuhan, itu masalah mereka.
Lagipun, kalau saya belasah mereka, mereka ada ramai rakan media arus perdana dan media sosial yang mereka “wine and dine” yang boleh mempertahankan mereka dan meronyeh serta membakulsampahkan hujah saya.
Percubaan sabotaj
Terima kasih kepada pegawai-pegawai PNB dan anak syarikatnya yang membisikkan ke telinga saya berkenaan masalah yang mereka hadapi dan kebimbangan yang terbuku di kalbu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :