- Komunikasi dan penyelarasan kurang berkesan di antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Pendidikan dikenal pasti antara punca sebuah surau sekolah di Sabah yang baharu diperbaiki, terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan surau baharu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1.
Menurut laporan itu, surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin di Penampang yang telah dibaiki dengan kos RM135,735 pada 31 Mac 2015, dirobohkan untuk pembinaan surau baharu bernilai RM469,960.
Permohonan bagi pembinaan projek surau itu dikemukakan pengerusi surau tersebut dan diluluskan di bawah Peruntukan Khas Perdana Menteri, ICU JPM.
Menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, pembinaan surau berkenaan satu pembaziran kerana pembaikan surau lama telah siap dan sedia untuk digunakan.
“Pembaziran ini dapat dielakkan sekiranya wujud penyelarasan berkesan di antara ICU, JPM dan Kementerian Pendidikan. Selain itu, tatacara pelupusan aset tak alih tidak dilakukan mengikut ketetapan,” kata laporan itu.
Kelemahan berkenaan ditemui susulan pengauditan yang dijalankan di tiga sekolah di Sabah iaitu SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang; SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu dan SMK Agaseh, Lahad Datu yang dijalankan antara Julai hingga Oktober 2016.
Sementara itu, maklum balas Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu yang diterima Jabatan Audit Negara pada 21 April 2017, menyatakan pihak Kementerian tidak dimaklumkan berkaitan permohonan sekolah kepada JPM bagi membina surau baharu.
Oleh kerana itu, penyenggaraan surau yang dilaksanakan kementerian adalah berdasarkan permohonan sekolah disebabkan faktor keselamatan pelajar yang menggunakan surau berkenaan.
“Pihak SMK Datuk Peter Mojuntin dimaklumkan oleh pegawai pejabat daerah bahawa peruntukan yang diberikan JPM untuk surau baharu (berstruktur konkrit) hanya boleh digunakan bagi tahun semasa dan kontraktor perlu mengambil alih tapak dengan kadar segera.
“Pihak sekolah terpaksa menerima projek ini kerana jika tidak, projek tersebut akan ditarik balik dan berkemungkinan pihak sekolah tidak mempunyai peluang untuk mendapat surau berstruktur konkrit pada masa akan datang,” demikian maklum balas kementerian mengenai isu berkenaan.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Download Cambridge Super Minds Starter (1 - 6) infomalay12.blogspot.com Written by a highly respected author team, Super Minds has been carefully crafted to help your students achieve their full potential. //… Read More...
BOLEH NAFI TAPI PERLU SIASAT BARU RAKYAT PERCAYA infomalay12.blogspot.com RAKYAT NAK TAHU BILA KHALID NORDIN NAK AMBIL TINDAKAN ATAU SAMAN DIATAS FITNAH YANG DIHADAPINYA. BIAR SPRM MENJALANKAN TUGASNYA, … Read More...
Korea Selatan Lancarkan "Unit Pemenggal" Untuk Bunuh Kim Jong-un infomalay12.blogspot.com 04 Desember 2017 Foto: Reuters SEOUL – Tentera Korea Selatan telah membentuk unit pasukan khas yang … Read More...
"Dah Separuh Makan Baru Sedar Ada Bangkai Cicak" - Nur Aini infomalay12.blogspot.com Putrajaya - Seorang wanita terpaksa mendapatkan rawatan di klinik selepas makanan yang dimakannya di sebuah restoran mengandungi bangkai c… Read More...
Tarik balik sokongan kerana skandal 1MDB infomalay12.blogspot.com … Read More...