PAS TAK PERLU PERTIKAI.
SELAGI ADA RUANG UNDANG-UNDANG
YANG TIDAK MENYALAHI PERATURAN
MAKA TINDAKAN PENUBUHAN RCI TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN
TIADA SEBAB RCI DIPERTIKAI
MEREKA PERLU BERTANGGUNGJAWAB,
SEHINGGA KERUGIAN BESAR YANG
AKHIRNYA RAKYAT PERLU MENANGGUNG !
SOAL MENGAPA BARU SEKARANG KERAJAAN BERTINDAK ?
ITU SEMUA TIADA ALASAN YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN
SELAGI TINDAKAN ITU TIDAK DIHALANG OLEH UNDANG-UNDANG
SEBAB ITU APABILA BUAT KENYATAAN
BIAR CERDIK !!!
-Pak Karamu-
Pas pertikai penubuhan RCI
Idris Ahmad
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mempersoalkan tindakan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar 1980-an dan 1990-an.
Beliau berkata, isu Forex sudah terlalu lama berlaku ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad namun pada waktu itu tiada tindakan undang-undang dibuat ke atas beliau.
“Kenapa sekarang baru hendak timbul balik? Kalau Mahathir tidak menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adakah RCI ini akan ditubuhkan?
“Kenapa apabila Mahathir tidak berkuasa maka baru hendak ditubuh?" katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau turut mempersoalkan apakah undang-undang di Malaysia apabila tidak ada kuasa baru boleh ambil tindakan dan adakah pemimpin negara kebal dari undang-undang ketika mempunyai kuasa.
“Ini tata kelola tidak baik bagi sebuah negara. Rakyat menjadi pertaruhan dan menderita. Pemimpin sibuk berpolitik sehingga kos sara hidup rakyat tidak dipedulikan.
“Pemimpin boleh bersuka-ria kumpul kekayaan hasil penindasan dan ketirisan sewaktu ada kuasa. Kerana mereka tahu, mereka kebal daripada tindakan,” katanya.
Katanya, yang menjadi mangsa rakyat dan generasi kanak-kanak yang masih kecil tidak tahu hala tuju mereka.
Soal Idris, adakah RCI 1MDB juga ditubuhkan ketika Najib tidak lagi berkuasa, itu pun jika Najib melawan kepimpinan ketika itu. Apakah corak kepimpinan seperti ini kita hendak bentuk di negara ini?Amat malang untuk rakyat dan negara," katanya.