DAP memberitahu, sehingga jam 5 petang semalam, parti itu masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung arahan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, surat rasmi itu masih belum diterima meskipun kenyataan media telah dikeluarkan agensi berkenaan sejak Jumaat lepas.
“Salah satu fitnah yang paling jahat ialah kononnya tindakan ROS untuk mengarahkan pemilihan semula CEC akan menguntungkan Lim Guan Eng dan sebagai Setiausaha Agung DAP, beliau ialah ‘main beneficiary’ hasil daripada keputusan ROS untuk tidak mengiktiraf CEC yang dipilih pada 29 September 2013.
“Mereka mendakwa kononnya ini akan membenarkan Guan Eng untuk terus melanjutkan tempoh jawatan Setiausaha Agung DAP kerana tidak perlu terikat dengan had tiga penggal untuk jawatan Setiausaha Agung yang termaktub dalam Perlembagaan DAP,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiada notis ROS sepanjang empat tahun
Anthony yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, sehingga hari ini DAP tiak mengetahui kesalahan yang dilakukan mereka sehingga ROS mengeluarkan arahan sedemikian.
“Perlu ditegaskan bahawa pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas DAP pada 29 September 2013 adalah berpandukan sepenuhnya kepada peraturan-peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan DAP.
Read More / Baca Lagi >>