IPOH – Tular di media sosial semalam apabila penguna media sosial menggunakan nama dr_aminabdullah menunjukkan borang tempahan pendaftaran kenderaan secara tawaran AKU 8055 dengan harga bidaan sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun pihak media masih belum menerima kesahihan bidaan tersebut dari mana-mana pihak termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memandangkan tempoh bidaan masih berlangsung.
Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut sehingga mesyuarat tender diadakan.
Menurutnya, borang tender hanya akan dibuka selepas tarikh tutup borang tersebut berakhir pada 18 Julai ini.
Pada 3 Julai lalu, nombor pendaftaran kenderaan AKU telah dibuka dan AKU 8055 yang menyamai sebutannya dengan AKU BOSS dijangka akan mendapat bidaan tertinggi.
Selain AKU 8055, nombor pendaftaran yang hampir sama dengan sebutan AKU BOSS seperti AKU 805 dan AKU 1305 dijangka akan mendapat permintaan tertinggi sepanjang tempoh dua minggu bidaan dibuka.
Setakat ini selebriti tanah air, bintang sukan serta pengasas kosmetik terkemuka antara individu yang membuat bidaan untuk nombor plat tersebut.- Sinar Harian

Related Posts :
Menteri PH ada banyak 'WhatsApp Group', kata Muhyiddin infomalay12.blogspot.comMenteri PH ada banyak 'WhatsApp Group', kata Muhyiddin: Menteri Dalam Negeri itu berkata demikian sebagai mengulas sindiran Najib Razak baha… Read More...
(VIDEO) ORANG asli: kita fokus BUANG DAP dulu, Pas-Umno mesti bersatu infomalay12.blogspot.com
//
… Read More...
Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan infomalay12.blogspot.com
//
1. SISTERS in Islam menggesa supaya amalan sunat bayi perempuan diharamkan. Menurut mereka, amalan sunat yang diamalkan oleh u… Read More...
Kontrak ECRL, CCCC: Ramai TERKEJUT "Pertelingkahan" Azmin-Guan Eng infomalay12.blogspot.com
"Apa sudah jadi dengan Kabinet kita? Kenapa dua menteri kanan membuat dua kenyataan berbeza berhubung isu yang sama?
KUALA LUMPUR… Read More...
PRK CH: Keputusan pada Jam 5.50pm, BN mendahului, 9,463 undi, PH 3,592 undi infomalay12.blogspot.com
Keputusan semasa (5.50 petang) PRK Cameron Highlands:
BN - 9,463
PH - 3,592
Bebas (Wong Seng Yee) - 90
Bebas (Sallehudin Ab Talib) - 202
… Read More...