(12 Gambar & 3 Video) Dua Maut, Tiga Parah Dirempuh Pemandu Mabuk infomalay12.blogspot.com

Johor Bahru - Melihat kemalangan yang berlaku di Kilometer 10, Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala ke Skudai awal pagi ini, sekumpulan penunggang motosikal tergerak hati untuk berhenti memberi pertolongan kepada mangsa.

Walau bagaimanapun, niat murni lima penunggang motosikal Yamaha LC itu berakhir dengan kejadian tragis apabila mereka dirempuh pula oleh sebuah kereta Proton Persona dalam kejadian pukul 4.10 pagi.

Kemalangan berkenaan menyebabkan dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi mengalami cedera parah.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sekumpulan penunggang motosikal tersebut berhenti di lorong paling kanan untuk memberi pertolongan kepada mangsa kemalangan berasingan.

“Ketika mereka berhenti untuk membantu mengalihkan kenderaan kemalangan yang berlaku lebih awal di kawasan itu, mereka dilanggar oleh sebuah kereta Proton Persona.

“Perlanggaran itu menyebabkan dua mangsa mati di tempat kejadian, manakala tiga lagi cedera parah. Ke­semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (JBA), di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Mohd. Taib berkata, sejurus melanggar kumpulan motosikal tersebut, kereta Proton Persona yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah lagi kereta di kawasan berkenaan.

Katanya, pemandu kereta berkenaan yang hanya dikenali sebagai Sim bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dan kini direman bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan yang berlaku di lorong paling kanan jalan sehala tiga lorong dalam keadaan gelap dan basah disebabkan hujan.

“Polis akan meneruskan siasatan berhubung kes ini dengan menahan reman suspek yang hanya mengalami cedera ringan bermula hari ini,” katanya.





Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :