Kecoh di media sosial rakaman video seorang wanita warga asing yang bongkak selepas ditegur kerana melanggar sebuah kereta.
Sudahlah tidak boleh menerima teguran, wanita itu juga berani memandu tanpa lesen dengan menggunakan kereta, yang cukai jalannya telah tamat tempoh.
Semalam, satu laman Facebook telah memuat naik video wanita tersebut yang dikatakan besar kepala selepas melanggar sebuah kereta di IOI Putrajaya.
"Overtake belah kiri tak lepas. Seret habis kereta belah kiri. Dah nak raya buat hal pula. Berlagak belajar UPM. Dia ingat saya ini takda degree ke?
"Lesen memandu dan Roadtax tiada dan dia salahkan saya yang langgarnya. Dari depan IOI Putrajaya saya kejar sampai Cyberjaya.
"Saya telah menghubungi balai polis Cyberjaya untuk melaporkan kejadian itu kerana dia tidak mahu mengaku kesalahan yang dilakukan.
"Ohh video yang last itu dia jatuhkan telefon saya, maka sampai situ sahaja saya dapat merakam video tersebut. Memang saya rasa tidak ada harapan nak claim sebab dia tiada insurance pun. Sapa-sapa boleh tolong beri cadangan apa yang saya perlu lakukan selain report polis?,"
Rata-rata netizen yang menonton video itu melahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap panas baran yang ditunjukkan oleh wanita warga asing itu.
Mereka berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap wanita itu kerana bimbang perkara sebegini akan terjadi lagi pada masa akan datang.
Related Posts :
BERBANDING HADI AWANG, LEBIH BAIK PAS BERTERUS-TERANG CALON PM PILIHAN MEREKA IALAH NAJIB infomalay12.blogspot.comWalaupun sudah diperjelas dan dinafi berkali-kali bahawa Lim Kit Siang tidak mahu dan tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri, Hadi Awan… Read More...
Forex RCI: Mahathir saman Najib, kerajaan infomalay12.blogspot.com
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan saman pemula terhadap enam anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) me… Read More...
Skandal 1MDB: S'pura kenakan lebih banyak larangan kewangan infomalay12.blogspot.com
Bank pusat Singapura berkata pihaknya telah melarang Yeo Jiawei, seorang bekas pengurus bank Switzerland BSI yang terlibat dalam kesalahan… Read More...
Demokrasi di Malaysia hancur, negara diperintah pencuri dan penyamun infomalay12.blogspot.comBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia hari ini sedang berhadapan dengan kehancuran demokrasi, suatu sistem yang d… Read More...
Kajian Invoke: Umno hanya dapat 41 peratus, PAS merosot 11 peratus infomalay12.blogspot.comINVOKE menjalankan dua jenis kaji selidik kecenderungan setiap bulan:
1. Kaji selidik kecenderungan pengundi untuk mengen… Read More...