Menurut akhbar kewangan itu, urus niaga itu diatur Goldman Sachs Group Inc dan menyebabkan seorang pelabur menerima durian runtuh sebanyak AS$300 juta dalam masa kurang seminggu.
Memetik mereka yang mengetahui mengenai siasatan itu, WSJ berkata penyiasat merasakan pelabur itu adalah pemain utama dalam skandal rentas negara melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Goldman Sachs memperolehi jutaan dolar sebagai upah mengatur perjanjian bon bernilai AS$6.5 juta untuk 1MDB.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam saman untuk merampas aset memberikan dakwaan terperinci yang dana itu pada 2013 dan 2014 mencuri wang daripada 1MDB yang disalurkan melalui beberapa siri akaun bank dan syarikat pesisir pantai bagi membiayai sebahagian daripada pembelian Coastal Energy, sebuah syarikat berpangkalan di Houston.
Saman itu bertujuan untuk merampas keutungan hasil urus niaga Coastal itu, tetapi tidak mensasarkan aset Coastal.
Urus niaga Coastal melibatkan ramai orang yang penyiasat percaya terlibat dalam rancangan untuk menipu dan merompak 1MDB.
Pembeli itu ialah usaha sama antara syarikat yang dimiliki dana pelaburan asing Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC), dan sebuah syarikat pesisir pantai yang dikawal Low Taek Jho (Jho Low), menurut saman rampasan aset yang dihantar Jabatan Kehakiman.
Goldman Sachs menasihati unit IPIC yang membayar hampir keseluruhan harga pembelian itu.
Jabatan Kehakiman memfailkan saman rampasan aset bernilai AS$1 bilion kepada hartanah yang dikawal eksekutif kanan IPIC dan Jho Low tahun lepas.
Dalam aduan itu, Jabatan Kehakiman meluaskan saman itu untuk memasukkan hartanah di London yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang didakwa diambil daripada 1MDB dan digunakan Jho Low dan keluarganya mengubah wang haram itu melalui pembelian Coastal Energy.
Jho Low yang dinasihati secara tidak rasmi oleh Goldman ketika itu, mula berhubungan dengan Coastal pada 2012 tentang kemungkinan pengambilalihan, kata sumber yang mengetahui urusan tersebut.
Skeptikal yang dia mampu mengeluarkan wang tunai yang diperlukan untuk urus niaga itu, eksekutif Coastal memintanya mencari rakan kerjasama yang lebih besar, mereka yang lebih arif tentang perkara tersebut.
Dia (Jho Low) kemudiannya berhubung dengan unit tenaga IPIC di Sepanyol, Compañía Española de Petróleos SAU, atau Cepsa, kata sumber.
Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu melabur AS$50 juta dalam urus niaga itu, dan Cespa membiayai baki pembelian bernilai AS$2.2 bilion itu, menurut saman Jabatan Kehakiman dan penyata mengumumkan pengambilalihan itu.
Seminggu kemudian, Cespa memindahkan AS$350 juta ke dalam syarikat pesisir pantai Jho Low menurut saman itu lagi.
“Asas komersial dalam pulangan hampir serta merta pada kadar 600% dalam pelaburan ini tidak jelas,” kata saman Jabatan Kehakiman itu. IPIC dan Cepsa tidak membalas permohonan untuk mendapatkan penjelasan mereka.
Sebelum perjanjian dengan syarikat tenaga AS itu dimeterai, jabatan pematuhan Goldman memberitahu jurubanknya supaya menghentikan kerjasama dengan Jho Low atau entitinya dalam urus niaga tersebut, kerana kebimbangan yang tercetus berkaitan dengan kekayaannya, kata sumber mereka yang arif tentang perkara itu lagi.
Goldman baru-baru ini menolak permohonan Jho Low untuk membuka akaun peribadi kerana sebab yang sama, menurut sumber.
Jho Low kekal terlibat melalui syarikat pesisir pantai dikenali sebagai Strategic Resources (Global) Ltd, menurut dokumen perjanjian itu.
Goldman menasihati Cespa yang memayar hampir kesemua harga pembelian itu, menurut aduan tersebut, berdasarkan dokumen dan penyata penggabungan mengumumkan urus niaga itu.
PricewaterhouseCooper ialah penasihat kewangan kepada Cespa dan SRG. PricewaterhouseCoopers enggan memberikan penjelasan mengenai perkara ini.
Goldman memberitahu dalam satu kenyataan yang Jho Low dan mana-mana syarikat yang dikawalnya bukan pelanggan Goldman dalam urus niaga Coastal.
“Sebelum membaca pemfailan kerajaan itu, Goldman tidak menyedari dan tidak pernah terlibat dalam apa-apa transaksi di mana SRG menjual kembali saham mereka dalam satu usaha kerjasama kepada Cespa,” kata syarikat itu.
Goldman secara kasarnya memperolehi AS$600 juta dalam hasil perolehan daripada 1MDB pada 2012 dan 2013 kerana menjual bon bernilai AS$6.5 juta.
Read More / Baca Lagi >>