Sistem hutang dalam Felda menjadikan peneroka hamba kepada tanah rancangan itu dan kerajaan, kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin.
Beliau berkata, keadaan ini kemudiannya dieksploitasi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memeras ugut peneroka supaya mengundi mereka pada pilihan raya.

“Lingkaran ganas (vicious cycle) ini akan pecah hanyalah jika peneroka berani membebaskan diri daripada belenggu hegemoni Umno dan BN,” katanya menulis dalam blog beliau.
Menurut Kadir, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP/Felda), bertujuan menghapuskan kemiskinan, keberhutangan dan cengkaman tuan tanah, ceti dan orang tengah ke atas petani miskin namun keadaan sebaliknya berlaku hari ini.
“Sekarang petani miskin sudah jadi peneroka. Mereka ada tanah dan terlepas daripada cengkaman kemiskinan. Tapi mereka terus berhutang. Malah hutang mereka lebih besar. Kalau dulu mereka berhutang kepada ceti, sekarang mereka berhutang kepada Felda.
“Ada yang sampai RM100,000 atau lebih sedangkan usia mereka sudah lanjut dan hasil ladang tidak banyak mana. Peneroka berhutang hampir RM5 bilion kepada Felda setakat bulan Disember 2015.
“Ini termasuklah pinjaman membeli saham FGV yang jatuh merudum, dana pembukaan tanah, tanam semula, pendidikan tinggi, beli komputer, insentif usahawan dan ubah suai rumah,” katanya.
Hakikatnya, Kadir berkata, insentif yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak umumkan itu sebenarnya ditanggung sendiri oleh peneroka dan oleh pembayar cukai, namun ia akan meringankan sikit beban peneroka yang rata-rata berhutang besar dengan Felda.
Related Posts :
Himpunan 812, pesta Melayu puja kemungkaran... infomalay12.blogspot.com
Kita salut pada puak perompak, munafik, berjaya menghimpunkan ribuan lembu, kerbau, kambing, ayam itik datang berpesta menjulang kemungka… Read More...
[Video Adakah ini acara untuk LAWAN SIAPA LEBIH RAMAI?] Mana letak syukurnya di himpunan iCERD? UmnoPas mencipta SEJARAH GILA! Belum ada lagi DEMONTRASI desak kerajaan utk BATALKAN sesuatu perkara yg dah DIBATALKAN! Kah3. infomalay12.blogspot.comIsnin, 10 Disember 2018
Mana letak syukurnya di himpunan iCERD
Himpunan Icerd yang berlangsung semalam sepatutnya berlaku dalam ‘fo… Read More...
UPSI tawar program Smart Master dan Smart PhD khas buat para guru infomalay12.blogspot.com
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan program Smart Master dan Smart PhD kepada para guru yang ingin … Read More...
12 pesakit perempuan tuduh bomoh lakukan pelecehan seksual infomalay12.blogspot.com
09 Disember 2018
Joao Teixiera de Faria yang dikenal sebagai Joao de Deus (AFP)
SEJUMLAH wanita mengungkapkan… Read More...
[Video Pencapaian PRU14 bukti DAP diterima Melayu] Himpunan 812, Pesta Melayu puja KEMUNGKARAN, memuja para KORUPTOR dan PENYAMUN! Maka, berhimpunlah secara berjemaah semata2 nak DOAKAN UMAT ISLAM lain yg tak sokong UmnoPas PENDEK UMUR! infomalay12.blogspot.comIsnin, 10 Disember 2018
Himpunan 812, pesta Melayu puja kemungkaran...
Kita salut pada puak perompak, munafik, berjaya menghimpunka… Read More...