Kuala Krai - "Saya sempat bermain bola sepak dengan rakan sebelum berbuka puasa petang semalam dan hari ini, mereka semua sudah meninggal dunia akibat kemalangan," kata seorang pelajar tahfiz, Ahmad Hakim Juhari, 13, dengan nada sedih.
Ahmad Hakim berkata, dia juga sepatutnya menyertai Program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan, Kota Bharu, tapi tidak dapat berbuat demikian kerana van terbabit sudah penuh.
Katanya, rakannya yang lain menaiki van itu dari Sekolah Tahfiz CIC CT-One Islamic Centre, Kampung Tualang, di sini, pada jam 9 pagi tadi.
"Seorang rakan, Nik Shah Jehan Nik Azmi, yang selalunya periang bertukar menjadi pendiam ketika menaiki van. Saya tidak syak apa-apa, tapi selepas kejadian, saya baru perasan perubahannya," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Krai di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) CIC, Ismail Ishak, berkata dia mengetahui kejadian kemalangan maut itu melalui sebaran di laman sosial WhatsApp.
Katanya, dia sedih dengan kejadian itu kerana menganggap semua pelajar seperti anak sendiri.
"Kepada ibu bapa pelajar yang terbabit, saya minta banyak bersabar dan reda, mereka pergi (meninggal) di hari baik, bulan baik dan kebanyakan mereka pula sudah hafiz (hafaz Quran)," katanya.
Related Posts :
[Video Pengasas DAP terima penjelasan mengapa guna logo PKR & SPR: Tarikh PRU 14 ditetapkan selepas semua DUN bubar] BENARKAH? EXCO KEDAH bakal calon BN Parlimen MERBOK ada hutang RM48 juta? infomalay12.blogspot.comSabtu, 7 April 2018
BENARKAH EXCO KEDAH DAN DIKATAKAN BAKAL CALON BN PARLIMEN MERBOK ADA HUTANG RM48 JUTA?
Ahli Exco Kedah, Tajul Urus… Read More...
[Video Muhyiddin Yassin @ Jelajah Harapan Pasir Gudang & Umno sudah dirompak Najib] Pegawai Pejabat Agung Pas sahkan terima duit RM1.5 juta, dakwa Mahfuz. infomalay12.blogspot.comSabtu, 7 April 2018
Tumpang sekole.
Pegawai Pejabat Agung Pas sahkan terima duit RM1.5 juta, dakwa Mahfuz
Naib Presiden AMANAH, Datuk H… Read More...
DUN PAHANG DIBUBARKAN infomalay12.blogspot.com
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdulla… Read More...
DUN PAHANG DIBUBARKAN infomalay12.blogspot.com
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdulla… Read More...
HARI INI PARLIMEN BUBAR infomalay12.blogspot.comSalam,
Apabila parlimen bubar, maka tiada parti yang berkuasa, kuasa diberikan kepada polis dan tentera untuk menjaga keamanan. Tiada perda… Read More...