Beliau berkata, ini kerana anggota dan pegawai SPR telah dihantar ke luar negara untuk belajar tentang proses pilihan raya di negara-negara lain, dan oleh itu memiliki pengalaman mencukupi untuk mengendalikan pilihan raya di Malaysia.
Hashim juga berkata SPR tidak terlibat atau terikat dengan mana-mana NGO lain.
"Apabila tiba masanya dan (apabila) perlu, maka kita akan berbincang," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam wawancara dengan akhbar Oriental Daily awal minggu ini, Hashim berkata SPR tidak akan bekerjasama dengan BERSIH kerana ia adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan.
Walau bagaimanapun, BERSIH kemudian mengingatkan pengerusi SPR itu bahawa ia adalah entiti yang sah, dan menekankan keperluan untuk suruhanjaya itu untuk bekerjasama dengan badan pemantau itu bagi membendung penyelewengan pilihan raya.