Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, dalam kejadian jam 5.35 pagi itu, salah seorang penduduk ternampak satu beg plastik mengandungi bungkusan kain yang diletakkan di hadapan surau.
Menurutnya, mereka kemudiannya menghubungi pihak polis dan pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan bayi terbabit sudah meninggal dunia.
"Siasatan mendapati tiada kesan cedera atau luka pada badan bayi.
"Mayat bayi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, pintu surau tidak berkunci manakala tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Suresh di talian 010-2123186," katanya.