Kuala Lumpur - Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah memberi surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad yang menasihatkan beliau bercuti serta merta.
"Pagi tadi kita sudah bagi surat kepada Datuk Zakaria supaya beliau bercuti, memboleh penyiasat dijalankan sehingga siap.
"Selepas itu kami akan beri surat tunjuk sebab, selepas itu beliau akan jawab. Selepas kita menerima jawapan, Insyaallah, kita akan buat keputusan," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata perkara ini berlaku kerana siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), sebuah anak syarikat FGV.
"Ianya berlaku apabila pihak PWC mendapat tahu, terdapat beberapa perkara yang tidak betul dalam urus niaga di antara DOP dan Safitex. Jadi, PWC maklumkan kepada internal audit. Internal audit mendapat tahu ada beberapa perkara yang tidak betul.
"Dan kita ambil external legal firm untuk melihat aspek-aspek yang didapati oleh pihak Internal Audit.
"Setelah itu, kita dapati ada juga perkara yang betul. Itu asasnya. Kita tak ada kes lain. Kita pun tak suruh dia berhenti. Cuma, dia keluarkan surat yang ditayangkan di TV, itu perbincangan saya dan beliau," katanya.
Isa juga mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah yang terdiri daripada dua pengarah FGV, Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim, bersama-sama dengan ketua kelompok logistik, Azman Ahmad, akan mengambil alih tanggungjawab untuk melaksanakan fungsi Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif.
Related Posts :
Fitnah Negara: Dr M Didesak Pecat Moorthy infomalay12.blogspot.com
Klip video yang tular daripada hindraf.org yang membuktikan Moortfhy menabur fitnah berkenaan Malaysia dan pentadbiran kerajaan.
PERTUB… Read More...
Menteri Anggap Patin Tempoyak Lebih Penting Dari Kongres Parti..! infomalay12.blogspot.com
Berangin nampak Presiden KY Jelly..!
Baru Bian makan patin tempoyak, tak hadir Kongres PKR!
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membe… Read More...
VIDEO | PM patut PECAT Waytha Moorthy sebagai Menteri infomalay12.blogspot.com
10 Rabiulawal 1440H, Ahad – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mendesak Perdana Menteri,… Read More...
Astro Awani: Moorthy penipu besar, pengkhianat negara - Dr MAZA infomalay12.blogspot.com
SHAH ALAM: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy sebagai penipu b… Read More...
Icerd: Rusuhan hanya berlaku jika Zahid cetuskan, kata PM infomalay12.blogspot.comIcerd: Rusuhan hanya berlaku jika Zahid cetuskan, kata PM: Beliau mengulas kenyataan Zahid bahawa orang Melayu akan mengamuk jika Icerd dira… Read More...