Timbalan pengerusinya Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, penubuhan jawatankuasa itu hanya sandiwara dalam keadaan rakyat sudah mengetahui krisis yang berlaku dalam Felda Global Ventures (FGV) yang menyalahgunakan aset bumiputera itu.
"Umum telah mengetahui perkara yang berlaku terhadap Felda Global Ventures (FGV) yang membabitkan aset Felda disalahguna dan tindakan MB Johor ini seperti ingin menutup kelemahan yang berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.
"Amanah Johor ingin memberi penegasan agar apa yang diwujudkan ini jangan menjadi suatu perkara yang hanya cakap sahaja tanpa ada usaha yang bersungguh untuk membantu peneroka generasi kedua," katanya dalam kenyataan.
10 Jun lalu, kerajaan negeri Johor mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi menangani semua isu yang dihadapi Felda di negeri itu khususnya soal pemilikan, perumahan dan infrastruktur, selain pembinaan rumah generasi kedua Felda oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Shahril Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru dan dua exco kerajaan negeri yang berkaitan.
Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, penglibatan exco kerajaan dalam jawatankuasa itu turut menjadi kebimbangan pihaknya kerana rekod sebelum ini menunjukkan exco di bawah pentadbiran Khaled dikaitkan dengan tuduhan rasuah hartanah yang melibatkan hak milik bumiputera.
Read More / Baca Lagi >>