Belumpun menghadapi satu pilihan raya, sudah macam-macam masalah Parti Cap Bunga ini. Baru minta Pengerusi Parti jelaskan kekayaan anak-beranak sudah kena hadap lembaga disiplin parti. Inikah yang dikatakan kebebsan bersuara?
Ulang masa kembali di mana TS Muhyiddin Yassin menjelajah sana-sini menghentam Presiden Parti lagi teruk daripada apa yang dilakukan oleh Muhammad Hafiz, itu pun kena mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dua tiga kali baru mendapat persetujuan untuk dipanggil ke lembaga disiplin.
Yang kamu dikatakan adil, orang lain zalim? Boleh pula membuat fitnah Muhammad Hafiz Azhar adalah individu yang ditanam oleh UMNO di dalam Parti Cap Bunga? Semalam pula seorang lagi EXCO Armada, Mohamad Taufik Abas membuat sidang media terhadap Timbalan presiden Parti Cap Bunga, DS Mukhriz Mahathir yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengecewakan, mengkhianat dan penipuan. Katanya,
Mukhriz adalah orang yang patut bela Hafiz, tapi dia pula yang mengkhianatinya. Hakikatnya, Mukhriz sendiri yang melantik Muhammad Hafiz sebagai EXCO tanpa melalui apa-apa tapisan dan pemilihan seperti EXCO lain, tapi kenapa sekarang beliau pula tuduh UMNO salah.
Adakah Mohanad Taufik Abas, seorang lagi EXCO ARMADA turut ditanam oleh UMNO dalam Parti Cap Bunga? Ini semua salah UMNO juga kah?