Pakatan Harapan (HARAPAN) sebulat suara bersetuju untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum mereka, menurut sumber.
Tiga sumber yang berbeza mengesahkannya dengan
Malaysiakini bahawa cadangan itu dipersetujui semasa mesyuarat majlis presiden HARAPAN pada Jumaat yang lalu.

Satu sumber berkata, cadangan itu telah dibuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Pemimpin BERSATU yang hadir pada mesyuarat itu, bagaimanapun, enggan mengulas ketika dihubungi.
Ini merupakan peralihan dari cadangan awal bulan ini yang dilaporkan untuk Anwar dinamakan sebagai bakal penasihat bersama kepada Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dari segi politik, tindakan itu dilihat sebagai usaha untuk mengangkat Anwar lebih dari sesiapa yang lain, seperti jawatan sekarang dalam PKR sebagai ketua umum.
Ia mungkin juga bertujuan menjadikan cadangan kepimpinan barisan yang baru oleh BERSATU lebih senang diterima.
Ia juga bertujuan menjadikan cadangan kepimpinan barisan yang baru oleh BERSATU lebih baik.
Pada mesyuarat pagi Jumaat yang lalu, BERSATU dilaporkan mencadangkan Mahathir dan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai pengerusi dan presiden pakatan tersebut.
"Jika cadangan (Anwar) adalah benar, ia adalah taktik yang baik untuk membuatkan pemimpin PKR yang masih taksub dengan Anwar bersetuju (cadangan BERSATU)," kata pengulas politik Wan Saiful Wan Jan kepada
Malaysiakini.
Related Posts :
[Video Kerana Mahathir, dua MP bertelagah] MP PAS antara penyumbang derma RM1.5 juta pada Rafizi infomalay12.blogspot.comKhamis, 3 Ogos 2017
MP PAS antara penyumbang derma RM1.5 juta pada Rafizi
Sepuluh hari yang lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Raml… Read More...
Skandal 1MDB: MP HARAPAN berarak ke Bank Negara infomalay12.blogspot.com
Lebih 30 ahli Parlimen Pakatan Harapan hari ini berarak dari pintu Parlimen menuju ke Bank Negara untuk menggesa Gabenor Datuk Muhammad Ibr… Read More...
Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah infomalay12.blogspot.comPengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada orang tahu kesan sebenar kegagalan 1MDB membayar hutang IPIC kepada Malaysia dan… Read More...
[PAMER HARGA]Tiada Lagi Istilah "PM Jika Berminat", KPDNKK Akan Buru Peniaga Online infomalay12.blogspot.com
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan hari ini memberi amaran kepada peniaga atas… Read More...
PH mampu hapus GST dengan cukai jualan, kurangkan faedah hutang kerajaan infomalay12.blogspot.com
Hasrat Pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya boleh dilaksanak… Read More...