Seorang pemilik bengkel cemas apabila sebuah ambulans yang yang sepatutnya dibaiki didapati hilang di kedai bengkel kenderaannya di Jalan Besar Guchil, Kuala Krai, semalam.
Menurut pemilik bengkel tersebut yang enggan dikenali namun berusia 47 tahun, dia menyedari kehilangan ambulans itu kira-kira pukul 8.30 pagi.
Susulan itu, pemilik bengkel berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, kali terakhir ambulans itu ditinggalkan dalam keadaan berkunci.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning mengesahkan laporan tersebut.
Difahamkan, pengadu menerima ambulans tersebut untuk dibaiki masalah brek, kelmarin.
“Kita turut menjalankan siasatan dan mendapati lokasi kejadian adalah sebuah tempat letak kereta terbuka di hadapan bengkel kereta.
“Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan memecahkan cermin tingkap ambulans sebelum melarikan kenderaan itu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,”katanya.
Jelasnya, kerugian dianggarkan mencecah RM100,000.
Related Posts :
Wahai Melayu, inilah senarai kesalahan yang perlu dibetulkan kalau mahu berjaya - Tun Mahathir infomalay12.blogspot.com
Wahai Melayu, inilah senarai kesalahan yang perlu dibetulkan kalau mahu berjaya - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad … Read More...
[Video SIDANG MEDIA KEMENANGAN PH] Pas 'tertonggek' lagi di Seri Setia, walaupun bersepakat dgn Umno & MCA? PH...JANGAN jadi Umno, jadi kerajaan pun hancur jadi pembangkang pun hancur & JANGAN jadi pas, jadi pembangkang selamanya hancur. infomalay12.blogspot.comAhad, 9 September 2018
PAS tertonggek lagi di Seri Setia, walaupun bersepakat dgn UMNO
Tumpang sekole
Tahniah semua jentera Pakata… Read More...
[Video Ini kemenangan rakyat semua - Halimey] Antara ayat #LebaiPas akan cakap nak sedapkan hati walaun/walauntit jika #Paskalah? Rasmi DAP pertahan Balakong, MCA tertinggal jauh & HARAPAN pertahan Seri Setia. infomalay12.blogspot.comAhad, 9 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 2 jam ·
Antara ayat #LebaiPAS aka… Read More...
[Video Parti Yang Umno Kata 'Setahun Jagung' Inilah Kalahkan Umno] PH menang 3-0! Sg. Kandis - UMNO KALAH Seri setia - PAS KALAH Balakong - MCA KALAH...Rakyat protes kerajaan PH tapi Pas yang kalah teruk? Kah3. infomalay12.blogspot.comAhad, 9 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 42 min ·
Sg. Kandis - UMNO KALAH
Seri … Read More...
Melay bangkit, bangkit daripada jadi hamba UMNO... infomalay12.blogspot.com
Tahniah semua jentera Pakatan Harapan. Rakyat telah bersuara. Let's move forward. Politik berlandaskan perkauman dan agama yg sempit tida… Read More...