Ada apa dengan HARAPAN? - SU PPBM Terengganu infomalay12.blogspot.com

Untuk apa Pakatan Harapan (HARAPAN) bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-14?
Semata-mata menentang BN agar tidak memberikan laluan mudah untuknya mengawal Putrajaya, atau cuma test market sebagai mempersiapkan diri menyertai PRU ke-15?
Atau HARAPAN - yang kini dianggotai PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) - memang bertekad tinggi, mahu menjatuhkan BN dan seterusnya memerintah Malaysia?
Sejarah membuktikan bahawa pakatan pembangkang - sebutlah apa nama dan bila pun - tidak pernah berjaya menewaskan BN untuk membentuk kerajaan di pusat.
PAS yang sebelum ini menyertai Angkatan Perpaduan Ummah menang di Kelantan sejak 1990 dan kemudian - bersama Pakatan Rakyat - di Kedah dan Terengganu, tetapi tetap seperti parti pembangkang lain, tidak mempunyai kekuatan untuk menjatuhkan BN.
DAP yang berjuang begitu lama dan kemudian disertai oleh PKR juga gagal menundukkan BN sejak 1999, walaupun PKR bertapak dengan teguh di Selangor. DAP pula kekal di Pulau Pinang.
Apabila adanya HARAPAN bersama dua muka baru iaitu AMANAH dan BERSATU, ditambah senario semasa politik di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, ia membawa harapan baru.
Tetapi sekali lagi beberapa persoalan timbul, umpamanya:
  1. Di sebalik menyebut mahu menumpaskan BN/Najib, PKR berterusan dengan pejuangan mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri walaupun tahu sejauh mana kekuatan sebenar mereka;
  2. DAP sedar, sukar untuk pemimpinnya menjadi perdana menteri kerana kekangan perlembagaan dan persetujuan pihak istana;
  3. AMANAH yang peranannya agak terhad dan dilihat hanya ‘bergema’ di Kelantan bagaikan menyertai pilihan raya akan datang untuk ujian awal semata-mata sebelum tampil lebih kukuh pada PRU ke-15; dan
  4. Hanya PPBM jelas dengan misi mereka untuk menumbangkan BN dan mahu menggerakkan HARAPAN untuk menggantikan BN di Putrajaya.
Berikutan BERSATU begitu jelas matlamatnya, banyak pihak bimbang BN akan jatuh. Bagi yang mempunyai perasaan takut Anwar tidak menjadi perdana menteri jika BERSATU menjadi dominan, mereka berusaha untuk menggagalkan usaha ini.
Maka timbullah berbagai persoalan yang sengaja dibuat untuk mengeruhkan HARAPAN termasuk isu kononnya BERSATU mahu memimpin gabungan itu.
Logiknya Umno dicabar BERSATU
Ia dikatakan dibuat bagi menjayakan rancangan menggagalkan sokongan pengundi Melayu-Islam pada PRU akan datang.
Berbagai cerita direka, manakala realiti tidak diteliti demi menolak hasrat BERSATU yang berusaha memainkan peranan yang kurang dilaksanakan parti lain dalam HARAPAN sebelum ini.
Maka timbullah pendapat kononnya idea BERSATU mahu mencetuskan "tsunami Melayu" akan menggoncang dan memecahkan HARAPAN meski pun ada mempercayainya sebagai kunci untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang.
Rasionalnya, BERSATU ditubuhkan bagi menggantikan Umno. Bermakna di mana kerusi yang dimenangi Umno - kerusi parlimen atau dewan undangan negeri (DUN) - sewajarnya ditandingi BERSATU.
Dengan kata lain, BERSATU tidak akan mengganggu kerusi yang dimenangi PKR atau PAS kerana faham ia masing-masing diperuntukkan kepada PKR dan AMANAH.
DAP pula memang terlepas daripada tuntutan bertindih kerana memang bertanding di kerusi majoriti bukan Melayu dan bukan Islam.
Berdasarkan kedudukan kerusi yang dimenangi oleh Umno ketika ini, ia berjumlah 88 daripada 112 kerusi dipertandingkan.
Tidakkah logik jika Umno dicabar oleh BERSATU - di sekurang-kurangnya 80 lokasi - dengan membiarkan kerusi lain di Sabah dicabar Parti Warisan Sabah?
Apakah BERSATU sudah menghebohkan berapa kerusi akan ditandinginya seperti dilakukann oleh PKR dan AMANAH? Jawabannya: belum.
Belajar daripada DAP
Dengan kedudukan jumlah kerusi Umno itu, tidakkah ini menggambarkan kemungkinan BERSATU akan bertanding kerusi yang dijangka akan dimenangi paling banyak?
Apakah ini boleh diterjemahkan bakal menjadikan BERSATU dominan dalam HARAPAN?
Berapa pula kerusi yang mahu ditandingi oleh PKR dan AMANAH?
Berdasarkan keputusan PRU ke-13 PKR menguasai 30 kerusi (daripada 99 kerusi yang ditandingi) manakala AMANAH kosong. Walaupun mereka mempunyai enam wakil di Dewan Rakyat, ia dimenangi atas tiket PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: