Dakwaan stok beras bertahan hanya dua bulan tidak benar - Menteri infomalay12.blogspot.com

Dakwaan jumlah stok beras negara hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan tidak benar, sebaliknya keadaan stok beras negara adalah stabil bagi menampung keperluan berterusan rakyat, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Stok beras negara dipantau agar mencukupi keperluan negara

PUTRAJAYA, 28 Mac - Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menafikan laporan yang menyatakan jumlah stok beras negara hanya mampu bertahan selama 2.5 bulan.

Menerusi satu kenyataan beliau menjelaskan, stok semasa simpanan beras tempatan adalah sebanyak 523,000 tan metrik.


Malah ia belum mengambil kira stok pengeluaran baharu beras tempatan dan stok beras import.

Orang ramai dinasihati supaya tidak bimbang dengan keadaan stok beras dalam negara kerana kerajaan sentiasa memantau bekalan beras agar mencukupi bagi menampung keperluan negara sebanyak 200,000 tan metrik setiap bulan.



Dakwaan jumlah stok beras negara hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan tidak benar, sebaliknya keadaan stok beras negara adalah stabil bagi menampung keperluan berterusan rakyat, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau memberi jaminan, jumlah stok semasa beras dengan mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten untuk menampung keperluan dalam negara secara berterusan.

Katanya, stok semasa beras tempatan di peringkat kilang, pemborong dan peruncit adalah sebanyak 523,000 tan metrik dan jumlah itu tidak mengambil kira stok pengeluaran beras tempatan dan beras import yang berada dalam negara.

“Buat masa ini, import beras juga tidak terjejas dan berjalan seperti sedia kala. Selain negara Vietnam, beras turut diimport dari negara-negara pengeluar lain seperti Thailand, Pakistan, Myanmar, India, Cambodia dan lain-lain.

“Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) juga diarahkan untuk memastikan dan mempertingkatkan bekalan beras import dalam negara,” katanya dalam satu  kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Kiandee berkata, kebergantungan kepada beras import hanya 30 peratus daripada keseluruhan keperluan dalam negara.

Kementerian juga akan terus memantau bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan bulanan negara sebanyak 200,000 tan metrik.


Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan keadaan stok beras dalam negara, katanya.

-- BERNAMA

Subscribe to receive free email updates: