PENGETUA dan dua kakitangan sekolah swasta Islam di Simpang Renggam maut selepas kenderaan dipandu bertembung pacuan empat roda di Kilometer 23, Jalan Nitar-Mersing, Simpang Renggam, petang tadi.
Kejadian 1.40 petang mengakibatkan pengetua terbabit, Shamjudin Romani, 59, yang juga penumpang hadapan, pemandu kereta dikenali sebagai Sodiq Abu Bakar, 40, dan Mohd Khairy Abd Jaafar, 37, maut.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, siasatan awal mendapati Perodua Myvi dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Mersing menghala ke Kluang.
“Setibanya di tempat kejadian kenderaan dinaiki tiga kakitangan Sekolah Menengah Islam di Simpang Renggam, Kluang, bertembung kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah hadapan,” katanya.
Beliau berkata, pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian.
“Manakala penumpang belakang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Mersing.
“Pemandu dan penumpang pacuan empat roda hanya menerima cedera ringan,” katanya.
Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.