KUALA LUMPUR: Lebih 6,500 graduan pendidikan universiti awam (UA) yang masih menganggur tidak dijamin diserap menjadi guru di sekolah kerajaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Katanya, ia berikutan jumlah itu melebihi kekosongan sedia ada, selain bergantung sama ada mereka lulus ujian psikometrik dan mata pelajaran diajar.
Malah, katanya, jumlah graduan pendidikan yang belum ditempatkan sebagai guru itu adalah untuk sekolah menengah sahaja, sedangkan lebih 4,000 kekosongan jawatan ketika ini adalah bagi sekolah rendah dan menengah.
"Kita tidak ada dasar menjamin semua graduan UA diserap sebagai guru. Tiada janji ini daripada kerajaan dan ini bukan perkara baharu, tetapi sejak zaman Barisan Nasional (BN) lagi.
"Masalah lain termasuklah ketika zaman BN, ada arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pembekuan pengambilan penjawat awam baharu bagi semua sektor termasuk pendidikan, jadi kita perlu atasi perkara ini.
"Apabila masuk UA, graduan sepatutnya dimaklumkan mengenai perkara ini (tiada jaminan diserap) kerana pengisian tertakluk kepada kelulusan JPA, lulus ujian psikometrik serta temuduga dan bergantung pada subjek mereka," katanya ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau diminta mengulas pendedahan wakil Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), Mohd Azrinsyah Abd Aziz, mengenai kutipan data pihaknya mendapati 6,516 graduan pendidikan belum ditempatkan sebagai guru walaupun ada yang sudah lima tahun menamatkan pengajian.
Ahad lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, masalah kekurangan guru semakin meruncing di bandar utama negara, terutama Johor dan Selangor berikutan ramai memilih kembali ke tempat asal untuk bertugas.
Nie Ching berkata, kementerian kini kekurangan guru Bahasa Inggeris, namun berlaku lebihan guru bagi beberapa subjek lain.
"Kita dalam proses berbincang dengan JPA supaya pembekuan dikecualikan bagi sektor pendidikan kerana ada sekolah dan kelas baharu yang perlukan tambahan guru," katanya.