[Video Panasss! ADUN Aulong YB Tuan Nga Kor Ming menggegarkan DUN Perak sekali lagi!] Dakwaan MB Perak ‘Tak Perform’ Terlalu Subjektif. infomalay12.blogspot.com

Jumaat, 7 Disember 2018

Dakwaan ‘Tak Perform’ Terlalu Subjektif, Tatkala MB Sibuk Penuhi Jadual Harian

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmd Faizal Azumu berkata jika ada yang mendakwa beliau ‘tak perform’ (tidak menunjukkan prestasi yang baik) dalam mentadbir negeri Perak, ia adalah suatu yang sangat subjektif.
Menepis dakwaan itu, Ahmad Faizal menjelaskan, ia tidak benar kerana sebagai Menteri Besar sentiasa sibuk untuk memenuhi jadual tugas harian termasuk mengadakan mesyuarat mingguan Exco yang juga pernah dijalankan dua kali di luar Ipoh iaitu di Kuala Lumpur semasa sidang Parlimen.
“Mengikut rekod dan faktanya, anda boleh periksa dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan sebagainya …. ada yang kata saya tak adakan mesyuarat Exco.
“Setiap minggu saya adakan pertemuan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Raja untuk membentangkan segala perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco … dan keputusan² yang dibuat … macam mana saya nak mengadap kalau saya tak buat mesyuarat Exco,” jelasnya.
Katanya, selain itu beliau juga banyak menerima dan menghadiri jemputan pelbagai pihak sehinggakan adakalanya terpaksa mewakilkannya kepada Exco² lain.
“Sebenarnya terlalu banyak yang datang, waktu ada mesyuarat penting atau program lain, saya kata tak boleh, jadi saya hantar wakil … tapi di banner ada gambar saya, orang kata saya tak hadir.
“Tapi tak mengapalah, saya terima, itu asam garam hidup sebagai orang politik, (biarlah) orang nak kata … saya tak dapat jelaskan kepada semua orang, setiap kali ada mesyuarat penting.
“Yang pentingnya, kami semua barisan Exco dan saya sebagai Menteri Besar, kami perlu fokus kepada tanggungjawab dan buat kerja kami.’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di Ipoh pada Khamis.
Ditanya mengenai isu komplot mahu menjatuhkannya sebagai Menteri Besar Perak melalui undi tidak percaya, Ahmad Faizal sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak percaya berlakunya usaha itu.
“Kami semua dalam barisan ADUN Pakatan Harapan termasuk Exco sentiasa menjalin hubungan kerjasama yang baik dalam suasana harmoni sebagai satu keluarga,” katanya.
Semalam Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mendakwa pihak pembangkang sengaja menimbulkan cerita ‘dongeng’ kononnya wujud komplot mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya mereka mendapat ruang dan peluang untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan Perak.
Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, beliau tidak nampak ada komplot mahu menjatuhkan Menteri Besar melalui undi tidak percaya malah kesemua 18 ADUN DAP termasuk Exco PH berdiri teguh di belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Independent.

Subscribe to receive free email updates: