Exco Kena Tampar, Saya Tiada Kaitan – Aziz Bari
Exco Pendidikan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau kerajaan Pakatan Harapan Perak, Prof Dr Aziz Bari menyatakan beliau tiada kaitan dengan posting yang viral di media sosial petang tadi mendakwa beliau telah ditampar di Canning Garden, Ipoh hari ini.
Dalam posting di ruangan Facebook itu, beliau menyatakan bahawa telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberi keterangan mengenai isu fitnah undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak yang tersebar luas di akhbar dan portal berita sejak seminggu yang lalu.
Aziz Bari sebelum ini dalam satu sidang media menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Perak, Datuk Saarani Mohamed kononnya beliau adalah Exco kerajaan Pakatan Harapan yang merancang gerakan mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak melalui undi tidak percaya.
Menteri Besar pula menganggap ia hanya sekadar khabar angin kerana percaya kepada jalinan kerjasama mantap dalam kalangan semua ADUN termasuk Exco Pakatan Harapan.
Menurut Ahmad Faizal, adalah tidak bijak jika seorang wakil rakyat parti pemerintah mahu melompat ke parti pembangkang atau bertindak mahu menjatuhkan Menteri Besar dari gabungan partinya sendiri.