Seru Walaun untuk berhimpun..
Tapi diri sendiri tak hadir.. 😅
Tapi diri sendiri tak hadir.. 😅
Bijak bijak..
Apa apa hal berlaku Walaun tanggung sendiri.. 😂
Apa apa hal berlaku Walaun tanggung sendiri.. 😂
Walaun gak terus jadi tolol kena tipu dek Lebai...kahkah.
TAK PATUT, TAK PATUT, TAK PATUT...
Sejujurnya memang tidak patut, tidak patut dan sama sekali tidak patut bagi Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Naib Presiden Pas, Nik Amar Mohd Abdullah pergi menunaikan umrah di ketika Pas bertungkus lumus mengerah dan mengarahkan ahli-ahlinya hadir ke perhimpunan 8 Disember ini sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran kerana ICERD tidak diratifikasi oleh kerajaan.
Kenapa pilih pergi umrah sama tarikh dengan himpunan ICERD?
Bukankah jadual perhimpunan 8 Disember ini sudah ditetapkan agak lama sebelum ini?
Bila pula Nik Amar membuat tempahan untuk pergi umrah?
Sebelum atau selepas tarikh perhimpunan 8 Disember itu ditetapkan?
Tetapi, bila pun beliau membuat keputusan mahu menunaikan umrah itu, Nik Amar sebagai orang perjuangan dan pemimpin kanan Pas, sepatutnya tahu memilih mana satu sebagai keutamaannya.
Dalam hal ini juga, Nik Amar harus sedar beliau adalah pemimpin nombor tiga dalam Pas dan takkanlah ketika kononnya ratusan ribu ahli Pas hadir di perhimpunan itu, tiba-tiba kelibatnya langsung tak kelihatan?
Tak patut, tak patut, tak patut...
Lebih daripada itu, kerajaan negeri Kelantan juga telah membuat pengisytiharan bahawa tarikh 9 Disember bersamaan hari Ahad iaitu sehati selepas himpunan itu diumumkan sebagai cuti peristiwa untuk membolehkan beribu-ribu penyokong Pas Kelantan dapat menghadirinya.
Takkanlah ketika berpusu-pusu rakyat Kelantan sedia hadir ke perhimpunan itu, tiba-tiba Nik Amar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan sendiri sedang menunaikan umrah pula.
Tak patut, tak patut, tak patut....
Lagi pun, rasanya pemergian Nik Amar menunaikan umrah kali ini bukanlah kali yang pertama baginya. Mungkin sebelum ini beliau sudah tiga atau empat kali berpeluang menunaikan umrah.
Maka, sebaiknya tunda sajalah pemergian menunaikan umrah itu. Bila-bila masa di lain kali boleh pergi lagi, tetapi perhimpunan ICERD hanya ada sekali ini saja.
Tundalah....tundalah...tundalah....Husam pun sanggup bayarkan denda tukar tarikh tu ustaz!!! (ShahbudinHusin 05/12/2018)