KUALA LUMPUR 4 Dis. - Segera muhasabah diri dan dapatkan panduan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Itu pesanan ikhlas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang tidak henti-henti mencetuskan kontroversi.
Dari isu kasut hitam hinggalah yang terbaharu mahu memasukkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam silibus pendidikan Sejarah, tindak-tanduk Maszlee ternyata membuat Rais gundah.
Tambahan lagi, Maszlee merupakan salah seorang menteri dari partinya sendiri, iaitu Bersatu.
Mengakui tidak sepatutnya mengkritik Maszlee secara terbuka, namun Rais merasakan teguran itu perlu dibuat demi memastikan Kementerian Pendidikan boleh terus dipimpin dengan baik.
“Saya mungkin dimarahi oleh pimpinan parti atau ditegur tetapi saya sudah reda.
“Saya mempunyai pendirian, tidak boleh kita berdiam diri jika apa yang kita lihat mungkin membawa padah yang merugikan negara bangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Semalam, Rais melalui akaun Twitter miliknya menzahirkan kebimbangannya terhadap prestasi Maszlee dan berpandangan adalah sia-sia jika Maszlee terus dibiarkan memimpin Kementerian Pendidikan.
Mengulas lanjut, kata Rais, beliau turut tidak berkenan dengan sikap Maszlee yang sering kali menyalahkan media atas kontroversi yang melanda dirinya.
“Kecenderungan bertindak demikian (menyalahkan media) sekali dua bolehlah. Kalau setiap kali menyalahkan media, warga media pun mempunyai rekod (rakaman kenyataan),” katanya.
Sumber:Utusan

loading...