Rakyat resah isu PTPTN, Anwar jamin timbang semula keputusan Maszlee, Wan Saiful infomalay12.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Keresahan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diadukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mengemukakan nota segera kepada Perdana Menteri bagi meminta ketetapan baharu PTPTN ini dikaji semula oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

"Saya akan kemukakan keresahan dan kegelisahan peminjam-peminjam PTPTN untuk pertimbangan semula oleh Menteri Pendidikan dan Pengerusi PTPTN.

"Saya juga akan beri nota segera, bagi saya lima minit, saya akan hantar kepada Perdana Menteri minta dikaji semula. Jika ada pandangan sebegini, saya pasti Maszlee dan Wan Saiful akan teliti semula.

"Saya sedar mengenai perkara itu, banyak juga mesej yang dikirim kepada saya. Dari pengundi Port Dickson, Permatang Pauh, semua penuh. Bahkan daripada ahli-ahli PKR semua dapat. Semua tekanan itu kami hadapi, ia melibatkan ahli-ahli keluarga mereka," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Ketika ditanya berkenaan prestasi yang Maszlee selaku Menteri Pendidikan, Anwar sekadar memberi reaksi ia masih baharu.

"Dahla,... baru enam bulan," katanya ringkas.

Semalam, Wan Saiful mengumumkan peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas ini tidak boleh 'culas' membayar balik selepas skim PGB dilaksanakan mulai Januari ini.

Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB.

PERATUSAN POTONGAN MENGIKUT PENDAPATAN

Kurang RM2,000: 0 peratus

RM2,001 hingga RM2,499: 2 peratus (RM40-49.99)

RM2,500 hingga RM2,999: 3 peratus (RM75-89.99)

RM3,000 hingga RM3,999: 5 peratus (RM150-199.99)

RM4,000 hingga RM5,999: 8 peratus (RM320-479.99)

RM6,000 hingga RM7,999: 10 peratus (RM600-799.99)

RM8,000 dan ke atas: 15 peratus (RM1,200 ke atas)

loading...

Subscribe to receive free email updates: