Ingat Nama Ni, Wan Saiful, Maszlee: Sejak Masuk KPM, Kerja MENYUSAHKAN Orang Sahaja - Najib infomalay12.blogspot.com

Nama dia Wan Saiful. Ingatlah nama dan wajahnya. Sekali dengan Maszlee.
Apa nama pejuang mahasiswa itu? Kalau jumpa tanya khabar.
Kesemua mereka ini sejak masuk ke Kementerian Pendidikan, kerja mereka menyusahkan orang sahaja.
“Dah pinjam, bayarlah balik!”
Memang betul. Dahulu masa BN kita pun galakkan peminjam untuk bayar balik.
Tetapi kita ambil kira kos sara hidup peminjam.
Kita bagi diskaun sehingga 20 peratus uIngat Nama Nintuk bayaran balik sama ada sekali gus, separa atau potongan gaji.
Yang cemerlang, kita bagi pengecualian bayaran balik sepenuhnya.
Kita galakkan mahasiswa, dan pada masa sama kita ringankan beban bayaran balik.
Setiap bulan peminjam PTPTN bayar balik kira-kira lebih sedikit dari RM100 dan jumlahnya juga boleh dibawa berbincang dengan PTPTN.
Hari ini, berlipat kali ganda peminjam PTPTN kena bayar - ada yang wajib bayar melebihi RM1,200 setiap bulan.
Ini bukan satu angka yang kecil.
Kebanyakan mereka yang bergaji begitu dah berumah tangga dan mempunyai perancangan mengikut aliran tunai (cashflow) masing-masing.
Tiba-tiba gaji mereka berkurangan beribu. Macam mana mereka boleh merancang semula komitmen bulanan dalam masa singkat?
Dahulu kami Kerajaan BN buat senarai hitam bagi yang tidak bayar hutang PTPTN dan mampu bercuti ke luar negara, kami dikutuk dan dimaki.
Ketika itu kami hanya mahu menggalakkan pembayaran balik - terutamanya mereka yang mengelak. Salahkah?
Asasnya, apa yang Maszlee dan Wan Saiful perlu buat ialah kuatkuasakan perjanjian PTPTN bawah Kerajaan BN dahulu yang mengambil kira kemampuan.
Pada masa sama, galakkan sesiapa yang mampu dan ingin bayar lebih atau langsaikan pinjaman lebih awal dengan pelbagai insentif.
Ini tidak. Lihatlah apa yang Kerajaan PH hari ini buat.
Yang konsisten bayar mengikut perjanjian pula dihukum dan dihukum teruk.
Dasar baru PTPTN ini juga saya difahamkan menerima bantahan daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.
Tidak ada perbincangan dan konsultasi dibuat.
Peminjam PTPTN bantah, majikan bantah.
Jadi apa langkah PTPTN seterusnya?
Kalau dah tak boleh tunai janji manifesto atau beri pendidikan percuma, sekurang-kurangnya copy and paste apa BN buat dahulu.
Beri perhatian, salinlah jawapan dan ambil nota jika tak faham. Baru kita boleh bagi skor 9.95 kepada "Menteri masih belajar".

Oleh : Najib Razak #CelahGelegar

Subscribe to receive free email updates: