Berikut perkara yang perlu dilakukan oleh para peserta :
LAKUKAN SILA maklumkan seseorang bahawa anda menyertai perhimpunan
SILA bawa pen dan buku nota – Untuk mencatat nama polis dan nombor IDnya dan soalan-soalan yang ditanyakan oleh pihak Polis sekiranya ditahan SILA bawa pengenalan diri (Kad Pengenalan/Lesen Memandu) dengan anda setiap masa
SILA pakai topi dan kasut yang selesa
SILA gunakan pengangkutan awam – Jalan-jalan ke tempat perhimpunan berkemungkinan telah tutup SILA ikut arahan pihak penganjur
SILA berhimpun dalam keadaan tenang
SILA berkelakuan sivik dan berdisiplin
SILA bergerak di dalam kumpulan
SILA abaikan sebarang ejekan dan/atau gangguan daripada orang awam
SILA berkelakuan sopan sepanjang masa
SILA ajukan sebarang persoalan media kepada jurucakap. Ingat, tidak ada apa-apa yang “off the record”
SILA laporkan sebarang perbalahan, tingkah laku yang tidak teratur atau orang yang menyimpang dari undang-undang kepada Pihak Berkuasa
SILA kekal tenang sekiranya apa-apa perbalahan atau lain-lain gangguan berlaku
SILA beredar dari kawasan perhimpunan segera setelah tamat perhimpunan
JANGAN JANGAN membawa pisau ataupun apa-apa objek yang boleh dianggap sebagai senjata
JANGAN menakutkan, mengancam atau menghina sesiapa
JANGAN menggunakan penghinaan perkauman
JANGAN membuat gangguan awam
JANGAN terlibat dalam pertengkaran ataupun dilihat sebagai ancaman terhadap orang awam
JANGAN membuang sampah sekitar tapak perhimpunan
JANGAN mencacatkan ataupun memusnahkan harta benda peribadi ataupun awam
Beliau juga berpesan supaya semua peserta memastikan mereka mengetahui hak undang-undang mereka dan boleh merujuk kepada pihak Polis dan Hak-Hak Asasi peserta daripada Badan Peguam Malaysia.
Untuk makluman, Tan Sri Apandi Ali melalui pejabat peguamnya, Apandi Ali & Co, akan menyediakan khidmat bantuan guaman kepada peserta-peserta himpunan nanti. Mantan Peguam Negara tersebut menegaskan khidmat tersebut dijalankan atas nama perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.
Read more at: https://ift.tt/2PlKXOT