“Kita perlu faham bahawa penafsiran dan pemakaian apa saja prinsip ICERD ini ditentukan oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya Hak Asasi PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan bukannya oleh pihak berkuasa dalam negara kita.”
Beliau memberi contoh adakah kelak sesetengah ayat-ayat Quran dilarang daripada dibacakan kerana dilabel rasis, atau tidak menghormati hak golongan tertentu.
“Ayat di mana Allah SWT mencerca umat Nabi Luth AS contohnya, adakah ini kelak akan dilabel sebagai tidak menghormati ICERD kerana tidak adil kepada golongan LGBT dan Transgender?”
Malah apakah nanti akan timbul petualang-petualang penyokong ICERD yang akan mendakwa bahawa terma Raja-Raja Malaysia diguna pakai sebagai ganti Raja-Raja Melayu dan membolehkan sesiapa saja kelak mendakwa diri sebagai raja Malaysia? “
Ini kelak akan membuka jalan kepada menjadikan Malaysia sebuah republik.” Dato Naser Disa menegaskan bahawa ini semua adalah agenda petualang negara dan mereka harus disiasat.
Read more at: https://ift.tt/2E3nvUr