Bila Timbalan Menteri Pertahanan berbangsa cina pakai pakaian tersebut UMNO cuba main isu perkauman dan ideologi komunis utk kaitkan itu adalah pakaian komunis..
Masa Najib pakai dulu tiada plok kata pakaian komunis?
Itulah #KebangsatanUmno kerana dah kehabisan modal utk cerca fitnah melata..
Pemimpin PKR minta polis siasat penasihat media Mahathir
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mahu pihak polis menyiasat Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung tulisannya di blog yang didakwa menghina Raja-raja Melayu.
Merujuk tulisan Kadir di blog pada 30 Oktober lalu yang bertajuk 'Selamat Bertakhta Al Aminul Karim', Johari berkata, artikel itu boleh mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
“Saya sebagai seorang wakil rakyat dari Kedah amat kecewa dengan tulisan Kadir ini, dalam memuji tetapi dalam masa yang sama tulisannya mengandungi unsur penghinaan terhadap baginda.
“Ini sangat berbahaya dan kita minta polis untuk menyiasat Kadir kerana perkara sebegini sangat meresahkan rakyat,” katanya yang juga adalah ADUN Gurun pada sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.
Johari berkata, tulisan Kadir itu seolah-olah memberi gambaran bahawa Sultan Kedah seorang yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalahgunakan kedudukan baginda.
Mk.