Otai BERSIH
HASRAT TIDAK SAMPAI...
Kunjungan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Terengganu ke Puterajaya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, katanya diikut serta oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang. Selain Hadi, Mustapa Ali dan Nordin Salleh juga ikut sama.
Semasa Ahmad Yakob dan Shamusri Mokhtar berjumpa dengan Dr Mahathir, Abdul Hadi dan yang lain tidak dibenarkan masuk kerana mereka tidak ada autoriti. Jadi Hadi, Mustapa dan Nordin hanya menunggu pertemuan dua MB itu di bilik menunggu.
Ertinya agenda politik yang terselit di sebalik misi kunjungan dua MB itu gagal. Hadi, Mustapa dan Nordin gagal menyampaikan hasratnya. Dan hasrat ini katanya sesuatu yang boleh menganggu kestabilan PH.
Adapun cerita pokok Mat Yakob dan Samsuri ialah mengenai royalti? Sebab itu tiada apa-apa kenyataan media mereka berkaitan pertemuan itu. Trims.