Tukar RTC Kepada PKD Melayakkan Rina Harun Mendapat Datuk Seri? infomalay12.blogspot.com


Rina Harun sebelum ini tidak dikenali ramai sehingga beliau mengalahkan DS Johari Ghani di kerusi Parlimen Titiwangsa. Apabila beliau dilantik menjadi Menteri, tidak ada satu pembaharuan yang beliau lakukan sehinggalah semalam.

Semalam, beliau telah menukarkan nama Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ilham daripada Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak kepada Pusat Komuniti Desa (PKD). Hari ini beliau dianigerahkan Datuk Seri. Hebat!!!

Hari ini beliau mengeluarkan kenyataan berikut:
Pernah juga sebelum ini kita lihat PKD seperti hidup segan, mati tak mahu. Oleh itu, kita akan melaksanakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan bagi menyediakan kemudahan lebih efisien serta penggunaan sumber-sumber terutama peruntukan mengurus yang lebih optimum.
Rina Harun ni maaf, Datuk Seri Rina Harun ni tahu atau tidak DS Najib Tun Razak buat RTC ini untuk apa? RTC adalah untuk transformasi kemudahan luar bandar menjadi moden dan banyak akses kepada agensi-agensi dan kemudahan-kemudahan Kerajaan. 

Dengan ini Rakyat luar bandar tidak perlu ke pusat bandar. RTC bukan untuk aktiviti gotong royong, marhaban, main congkak dan gossip membawang. Kau hidup zaman bila makcik? 

Kesimpulannya, jasa Datuk Seri Rina Harun mungkin lebih besar daripada jasa Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hanya menyumbang jasa memotong rumput sewaktu PRU14.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :