
https://youtu.be/FeijcJ3zpkk
Anwar peroleh 55 peratus undi awal, pos
6.15pm - Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh 2,576 atau 55.65 peratus undi awal dan pos. Pengundi awal dan pos adalah anggota tentera.
Undi diterima HARAPAN daripada pengundi awal dan pengundi pos meningkat 36.3 peratus sejak pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei.

Calon PAS 'Mohd Nazri Mokhtar mengekori tempat kedua dengan mendapat 1,843 undi atau 39.81 peratus daripada jumlah undi. Undi PAS meningkat sebanyak 12.1 peratus jika dibandingkan dengan PRU pada 9 Mei.
Calon bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad di tempat ketiga dengan memperoleh 157 undi (3.39 peratus) sementara selebihnya empat calon bebas masih memperoleh dua angka.
Jumlah pengundi pos dan pengundi awal bersamaan kira-kira 63.7 peratus. Terdapat 7,264 pengundi pos atau pengundi awal pada PRK ini.
Pada PRU14, BN menang 51.88 peratus undi awal dan undi pos diikuti HARAPAN (29.16 peratus) dan PAS (19.96 peratus).
Mk.