Tidak. Tidak. Ketua Strategis PKR, Rafizi Ramli masih hidup dan tidak menghilangkan diri. Rafizi Ramli yang sangat aktif menghasut Rakyat mengenai kenaikan harga barangan sebelum PRU14 dikatakan menyepi apabila PH mendirikan Kerajaan Persekutuan.
Ketika kenaikan tarif elektrik pada 2011, Rafizi Ramli berkata bahawa Kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan untuk syarikat korporat. Kini suara beliau tidak kedengaran lagi, walaupun Kerajaan PH yang beliau cintai turut menaikkan tarif elektrik. Berdasarkan kenyataan beliau dahulu, kini syarikat korporat mana pula yang melakukan rompakan?
Carian ke atas laman sosial Twitter Rafizi Ramli mendapati beliau ada membuat komen mengenai kenaikan harga tarif elektrik seperti di bawah.