Wan Ji dibebaskan, majistret tolak permohonan lanjut reman infomalay12.blogspot.com

 | October 15, 2017
Majistret hari ini menolak permohonan lanjutan reman 3 hari yang dikemukakan polis.
Zulhazmi-Shariff-wan-jiKUALA LUMPUR: Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin dibebaskan hari ini, selepas majistret menolak permohonan lanjutan reman 3 hari yang dikemukakan polis, kata peguamnya, Zulhazmi Shariff.

“Mereka meminta lanjutan 3 hari yang saya bantah dan majistret kemudian menolak permohonan mereka,” katanya sambil menambah tiada alasan untuk polis menahan Wan Ji memandangkan siasatan sudah selesai.
Semalam, majistret membenarkan lanjutan reman 2 hari ke atas Wan Ji bagi melengkapkan siasatan polis di bawah Akta Akta Hasutan berhubung sebuah rakaman video di YouTube.

Wan Ji ditahan sejurus menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, Wan Ji ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan bagi membantu siasatan ke atas video tular yang didakwa menghina “Tuanku”.
Katanya, polis bertindak berdasarkan laporan polis yang diterima beberapa hari lalu ke atas ketua exco agama Pemuda PKR itu.

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang direman 3 hari di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.

Kelmarin, Bernama melaporkan jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya baru-baru ini membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya. Satu lagi laporan polis dibuat di Kuala Lumpur.

Wan Ji pernah didakwa di mahkamah pada 2014 atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook.
FMT

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :