Video-Video Jawapan CEO Arul Kanda Tentang Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang 1MDB - Siri 4 Dan 5 infomalay12.blogspot.com


CTS telah menyiarkan video-video jawapan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda, siri 1 hingga 4, di sini. Di bawah adalah video-video untuk siri 5 dan episod terakhir 6 bagi menjawab persoalan-persoalan yang berlegar mengenai fitnah-fitnah 1MDB.

Arul Kanda membidas sikap pemimpin pembangkang yang kuat mengkritik syarikat pelaburan strategik negara itu tetapi gagal hadir dalam sesi ceramah dan penerangan meskipun dianjurkan di kubu kuat mereka.

Arul Kanda berkata, walaupun beliau sedaya upaya bersikap terbuka atas prinsip 'berani kerana benar' dengan menerangkan segala keraguan berhubung isu membabitkan 1MDB menerusi program penerangan terutama di kawasan dikuasai parti pembangkang, kelibat pemimpinnya tidak juga kelihatan.

Mengulas masa depan 1MDB, Arul Kanda menegaskan, sebenarnya apa yang berlaku adalah syarikat pelaburan strategik negara itu menjadi mangsa kerakusan politik oleh pihak yang berkepentingan. Lebih tepat apabila beliau menyifatkan 1MDB adalah masalah perniagaan yang dipolitikkan, namun menegaskan semua masalah itu sudah diselesaikan melalui pelan rasionalisasi syarikat.


Subscribe to receive free email updates: